saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 16/02/2012

Burung pipit mampu terbang 29,000 kilometer


Walaupun bersaiz kecil, burung pipit mampu terbang sejauh 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk. - Agensi


PARIS 15 Feb. - Satu kajian saintis mendapati, sejenis burung kecil yang beratnya bersamaan dua sudu teh mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh kira-kira 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk.

Kajian yang disiarkan jurnal sains Biology Letters hari ini mendapati, burung pipit jenis Oenanthe oenanthe itu hanya mempunyai berat kira-kira 25 gram, tetapi mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk terbang jauh.

Penyelidik dari Universiti Guelph di Ontario, Ryan Norris berkata, dalam kajian itu, sejenis alat pengesan dipasang pada kaki 46 ekor burung pipit di Alaska dan Pulau Baffin di timur laut Kanada.

"Burung pipit di Alaska menghabiskan musim sejuk di Afrika sebelum pulang semula ke habitat asal, dengan jarak sehala kira-kira 14,500 kilometer dan terbang pada kelajuan 290 kilometer sejam sehari.

"Spesies terbabit mengembara merentasi Siberia dan gurun pasir Arab, menuju ke Sudan, Uganda dan Kenya yang memakan masa perjalanan selama 91 hari.

"Namun haiwan ini hanya mengambil masa 55 hari untuk pulang ke Alaska," katanya.

Norris berkata, burung pipit dari Pulau Baffin pula mengambil masa 28 hari untuk terbang merentasi Atlantik Utara, Britain, benua Eropah, Mediterranean dan gurun Sahara sebelum tiba di persisiran pantai Mauritania, Afrika Barat, dengan jarak perjalanan kira-kira 7,500 kilometer.

Katanya, perjalanan pulang burung pipit dari Pulau Baffin mengambil masa 55 hari untuk sampai ke habitat asal.

"Spesies burung tersebut menunjukkan kemampuan luar biasa berdasarkan saiznya yang kecil.

"Ini merupakan perjalanan yang paling jauh di dunia bagi spesies burung yang kecil dan ringan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan haiwan terbabit dari segi fizikal untuk terbang dua kali setahun, terutamanya bagi kelompok burung muda yang tidak mempunyai pengalaman berhijrah," katanya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.