saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/02/2012

Kementerian diminta siasat pemecatan pengerusi kesatuan

16/02/2012 3:14pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kesatuan Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) menggesa Kementerian Sumber Manusia menyiasat pemecatan ke atas Pengerusi Kesatuan Pekerja Westports Malaysia yang didakwa dibuat tanpa alasan kukuh.

Setiausaha Agung TWU, Datuk Zainal Rampak berkata, Megat Zamri Megat Abdul Aziz telah diberhentikan kerja secara tidak adil dan TWU percaya Megat Zamri tidak melakukan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang pelabuhan.

"Menteri Sumber Manusia perlu melihat tindakan tersebut sebagai satu penganiayaan melibatkan perkara yang lebih besar iaitu pelanggaran terhadap hak bersuara dan sistem demokrasi yang dilindungi Perlembagaan.

"Dalam Perlembagaan Perkara 10, terang-terang menunjukkan peruntukan bagi hak untuk bersuara dan berpersatuan, katanya kepada Bernama. Zainal mendakwa pemecatan Megat Zamri itu mempunyai muslihat bersabit pertikaian antara pihak pengurusan Westport dengan kesatuan dalaman. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.