saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/02/2012

Misi ke Piala Thomas tercapai

KUALA LUMPUR - Kebimbangan awal bahawa kita mungkin tersingkir daripada kejohanan berprestij, Piala Thomas akhirnya ditepis skuad badminton negara semalam, apabila Malaysia mengesahkan tiket pusingan akhir dengan melangkah ke separuh akhir pada pusingan kelayakan di Macau.

Selepas diselubungi kebimbangan mampu tersingkir awal gara-gara tidak memiliki pasukan yang mantap, skuad yang diketuai jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetepikan segala persepsi negatif untuk membawa Malaysia menyertai negara-negara badminton terbaik dunia beraksi di Wuhan, China dari 20-27 Mei ini.

Malaysia akhirnya melepasi 'zon menakutkan' selepas menumpaskan India 3-0 untuk meraih satu daripada empat slot yang ditawarkan dalam kelayakan zon Asia, namun ketiga-tiga mata diraih dalam aksi penuh mencemaskan, di mana Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim diheret dalam pertarungan tiga set, manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong nyaris dibawa ke set ketiga.

Chong Wei mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan di Macau apabila menumpaskan Ajay Jayaram 21-12, 17-21, 21-8 untuk memberi mata pertama Malaysia. Kien Keat-Boon Heong pula dipaksa berkerja keras oleh Rupesh Kumar K.T- Sanave Thomas ketika menang 21-14, 23-21 untuk kedudukan 2-0.

Selepas gagal menyumbang sebarang mata dalam dua perlawanan pertama Kumpulan D, juara All England 2003, Hafiz akhirnya muncul wira Malaysia dengan mengesahkan mata kemenangan selepas berhempas pulas menumpaskan Kashyap Parupalli 21-17, 18-21, 21-11 dalam pertarungan satu jam, tiga minit.

Malah, sejurus selepas melunaskan tanggungjawab berat memastikan Malaysia melangkah ke pusingan akhir, Chong Wei dan beregu utama negara, Kien Keat-Boon Heong minta direhatkan daripada perlawanan separuh akhir menentang Jepun hari ini, sebaliknya mahu pendedahan diberi kepada pemain-pemain muda.

"Mungkin orang cakap kita punya pasukan kali ini adalah yang paling lemah tetapi kami sudah melakukan yang terbaik untuk layak ke pusingan akhir. Sekarang, tugas saya untuk membawa Malaysia ke Piala Thomas sudah selesai. Kami datang ke sini adalah untuk melayakkan diri bukan hendak muncul juara, jadi saya rasa pihak pengurusan patut memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda untuk beraksi di separuh akhir esok.

"Saya dan Koo-Tan sebaiknya direhatkan bagi membolehkan kami mempersiapkan diri untuk menghadapi All England (6-11 Mac). Lagipun, sekarang adalah masa terbaik kita untuk memberi pengalaman kepada pemain muda beraksi di peringkat tertinggi kerana mungkin sebahagian daripada mereka ini jugalah yang akan membawa cabaran Malaysia pada pusingan akhir, Mei ini, selain menjadi harapan kita di Sukan Asia (2014) dan Sukan Komanwel (2014),'' kata Chong Wei.

Pandangan Chong Wei turut disokong Boon Heong, yang mengakui dia amat keletihan ketika berdepan pasangan India, hingga gagal memberi persembahan baik di set kedua, tetapi mujur permainan tidak diheret ke set penentuan.

"Permainan kami tidak berapa bagus hari ini, saya akui ketika memasuki gelanggang saya amat keletihan. Begitupun, kami cuba bangkit selepas ketinggalan agak jauh di set ketiga dan bernasib baik, saingan tidak diheret ke set penentuan.

"Kalau boleh, saya harap jurulatih dapat memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk beraksi menentang Jepun esok, lagi pun ia bagus untuk membantu mereka mengutip pengalaman. Apa pun, semua terpulang kepada jurulatih,'' kata Boon Heong, yang seketika ditinggalkan 9-15 dan 16-20, sebelum mengejar 23-21 di set kedua.

Jepun turut mengesahkan tiket separuh akhir mengalahkan Taiwan 3-0. Bagi Chong Wei, sama ada menang atau kalah ke atas Jepun hari ini, ia tidak lagi penting kerana misi ke pusingan akhir sudah tercapai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.