saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/02/2012

Saya sedar diri – Zarynn Min




PRINSIP aktres ini cukup jelas sepanjang perjalanan merealisasikan impian bergelar anak seni lebih 10 tahun lalu. Dia memilih untuk tidak dikaitkan dengan cerita kontroversi dan sentiasa memperbaiki lakonannya yang menjadi punca rezeki.

Bagaimanapun secara tak langsung, kesan yang diterima daripada amalan tersebut, namanya kurang diingati. Malah, rekod bersih yang dipegang itu juga tidak melayakkan namanya tertera di mana-mana ruangan gosip.

Penampilan wanita berusia 32 tahun ini juga seolah-olah mengiyakan bahawa dia tidak memerlukan media untuk mempromosikan kerjayanya. Sebab sepanjang bergelar anak seni, susah nak menjemput aktres ini menjayakan fotografi.

Ditambah pula dengan perangai Zarynn Min yang susah nak angkat telefon dan banyak alasan, menarik perhatian ruangan gosip Joyah di Mingguan Malaysia pada keluaran 12 Februari lalu.

“Saya minta maaf kalau ada yang terasa saya menghindar dari ditemubual. Jujurnya, saya memang susah nak jawab panggilan tak dikenali selepas ada insiden yang menyusahkan saya. Tapi setiap SMS atau rakaman suara yang dihantar, saya jawab secepat mungkin.

“Jika rakan media tak jumpa saya di mana-mana majlis, itu sebab saya tidak mendapat jemputan. Sebelum berlakon, saya hanya kru produksi dan saya faham dengan tanggungjawab media.

“Pernah juga saya hadir di majlis yang dipenuhi media, tapi tak ada seorang pun media dekat dengan saya. Saya tak nak dianggap gila glamor sebab sedar nama tidak sekuat Noorkhiriah atau popular seperti Neelofa,” katanya pada pertemuan di Studio Utusan, Rabu lalu.

Mengulas tentang kebenaran alasan yang mengatakan Zarynn anti-media?

“Saya bukan jenis macam itu. Saya tak ada cerita menarik, tak ada topik sensasi yang boleh dikongsikan. Bila keluar cerita pencalonan saya dalam Anugerah TV Asia 2011, ada orang cakap baru saya tercari-cari media, itu tak benar.

“Tapi bila Joyah sindir saya macam itu minggu lalu, sebenarnya saya berterima kasih sebab beri publisiti pada saya. Saya ingat orang dah tak perasan kehadiran saya dalam bidang ini,” sambungnya lagi.

Ditanya apa masalah sebenar dihadapi pelakon drama rantaian Rafflesia di RTM ini, pemilik nama sebenar Noraszarinawati Tumin ini tersenyum.

“Sebenarnya, saya sangat ‘kayu’, tak pandai bergaya lebih-lebih lagi di depan kamera, memang susah. Jadi tak rajin fotografi, memang masalah!

“Memang ada orang cakap, kalau jenis macam saya ini susah nak cepat naik atau berlakon filem. Sebab penerbit dan stesen TV nak orang popular, pernah juga nama saya kena reject sebab panel tak kenal siapa Zarynn Min.

“Tapi tak apalah, biarlah orang cakap saya artis sendu, saya tak kisah. Asalkan saya tak dikenali dengan cerita-cerita kontroversi, yang boleh buat orang lebih terkenang dengan kita sepanjang zaman,” luah pelakon berasal dari Gombak, Selangor ini secara berkias.

Mengulas tentang pendirian Zarynn menolak cerita kontroversi sedangkan ia umpama senjata yang boleh melonjakkan namanya dengan cepat?

“Saya tolak cara itu sebab memang bukan saya. Saya selesa cara hidup normal macam ini, tak ke kelab malam, pusat karaoke selepas waktu kerja. Habis penggambaran terus balik rumah.

“Saya bergaul dengan semua orang, tapi bab-bab bersosial macam itu, saya elakkan. Lebih baik hindarkan awal-awal, nanti timbul pula fitnah,” ujarnya yang mengakui ini adalah kali pertama menjayakan fotografi bersama akhbar Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Idam anugerah

PADA masa yang sama, pemegang Diploma Penyiaran dari Akademi TV3 ini juga menyimpan cita-cita untuk bergelar pelakon wanita terbaik menerusi salah satu dari puluhan drama yang dibintangi satu masa nanti.

“Apa yang saya lalui setiap hari adalah proses pembelajaran. Segala teguran saya terima dan diperbaiki setiap masa. Kalau boleh nak ada satu anugerah yang jadi ukuran pencapaian saya. Saya memang minat berlakon dan tak ada jangka masa tertentu untuk berhenti,” katanya penuh optimis.

Adakah Zarynn akan terus berlakon walaupun bakal bergelar isteri satu masa nanti?

“Itu semua terpulang kepada keizinan bakal suami. Saya tak berani komen panjang sebab belum berkahwin lagi,” tutup Zarynn di hujung perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.