saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/02/2012

Inikah filem komedi seram?


Satu adegan filem Hantu Dalam Botol Kicap.


MESKIPUN sebuah fiksyen, filem tetap perlu mematuhi sebab akibat (causality) dalam naratifnya. Sebab akibat dalam naratif adalah hukum yang dikawal oleh matlamat.

Sesebuah filem yang mempunyai sebab akibat dapat mempersembahkan logik naratif yang menyakinkan. Logik naratif merujuk fakta realiti. Pengalaman adalah fakta dari realiti. Ia menjadi sumber fiksyen dan naratif. Kreativiti diperlukan dalam meramu bahan atau fakta realiti menjadi sebuah fiksyen.

Hantu Dalam Botol Kicap sebuah filem komedi seram pertama Azhari Zain. Kononnya dalam botol kicap itulah terkurungnya hantu. Sesudah sumber pengalaman dirujuk, ia dikreatifkan. Kreativiti bermaksud perbuatan mencipta sesuatu yang baharu. Mencipta yang baharu bukan bermaksud sepenuh baharu. Dalam konteks ini, kreativiti merujuk pemberian nilai tambahan dan pengekalan nilai asal kepada fiksyen. Kreativiti dalam karya dikawal oleh sebab akibat dan logik naratif.

DNT garang melampau. Apakah sumber rujukannya sehingga menvisualkan nenek berbangsa Melayu menggunakan senapang diacukan ke kepala cucunya dalam mendidik? Senapang digunakan orang Melayu untuk menembak babi hutan yang menyondol dan merosakkan tanaman di kebun. Senapang juga digunakan oleh orang Melayu untuk memburu binatang hutan. Dan tidak logik langsung senapang digunakan oleh dukun untuk menembak hantu.

Sebab akibat dalam fiksyen dirancang bukan spontan. Sebab akibat penciptaan alam pun terjadi dalam perancangan Tuhan. Sebelum sesebuah penggambaran dilakukan pastilah perbincangan diadakan. Tiada fiksyen spontan termasuklah karya tulis apatah lagi filem yang melibatkan kerja teknikal.

Satu lagi nilai tambahan DNT ialah memakai keris kemetot. Kita akui dalam rujukan pengalaman masyarakat ada bomoh atau dukun menggunakan keris namun kita tidak tahu pula ada yang menjadikan keris sebesar jari kelengkeng sebagai alatan utama pengubatannya. DNT menggunakan keris kemetot sebagai senjata utamanya. Sama ada untuk memasukkan hantu ke dalam botol atau melakukan serangan terhadap hantu. Pengubatan tradisi memasukkan makhluk halus ke dalam botol memang wujud. Namun tidak pula diketahui terdapat bomoh atau dukun terlalu bodoh mengumpul botol berisi hantu dalam bilik mistik di rumah. Sebetulnya ia dihanyutkan ke laut atau dibuang.

Puncanya kebekuan kreativiti sama ada dalam memberi nilai tambahan dan pengekalan nilai asal dalam fiksyen. Nilai asal dalam filem ini tidak berkembang. Kita lihat betapa gambaran remaja kampung yang cetek, hantu memakai gaun dan ketiadaan watak lain selain DNT, ibu kepada Putri dan tiga cucunya dari bandar. Gambaran sebuah pangkalan nelayan kosong dari nelayan atau orang lain, langsung diketepikan logik naratif.

Pembukaannya sebuah bot membawa satu keluarga terdiri suami isteri dan tiga anak mereka merentasi sebuah sungai. Hanya disebabkan suami isteri yang mahu ke Paris selama seminggu maka ketiga-tiga anak mereka terpaksa dihantar (akibat) kepada Nek Temah yang merupakan ibu kepada Milah. Dari mana mereka mendapat bot tersebut dan kemana pengemudinya?

Nek Temah menyambut mereka dengan senapang. Rupa-rupanya Milah dan suaminya sudah lama tidak menjengah ibunya sehingga tidak pernah melihat cucunya sejak dilahirkan lagi. Begitu tidak logiknya naratif filem ini.

Hantu Dalam Botol Kicap ketiadaan arah dalam mengembangkan naratif sehingga kemuncak. Komedinya tidak menjadi. Karakter Epul sengaja diada-adakan. Malah dikomedikan secara melampau-lampau sehingga menimbulkan kejengkelan. Terdapat satu babak, dialog antara watak berlangsung tanpa arah tuju yang jelas. Sekadar mengeluarkan suara dan lakonan yang kehilangan ekspresi. Runut bunyinya juga pelik dan sehala.

Hantu kopek yang dilakonkan Angah Raja Lawak sangat buruk. Kemana pengarah seninya? Jika karakter dikomedikan dan ia tidak menjadi bersedialah menghadapi kebosanan menonton dan menimbulkan kejelekan luar biasa sehingga membuatkan Angah menjelir-jelir lidah seperti anjing terkena sawan? Filem seram Melayu suka meletakkan prop hiasan ayat suci al Quran. Dalam satu adegan kemunculan hantu dan aksi pelakon sehingga menggegarkan dinding dan hiasan ayat suci berbingkai bergoncang kuat. Kemana rasa sensitiviti pengarahnya dalam hal ini?

Emak kepada Putri meminta pertolongan Nek Temah untuk mencari Putri yang belum pulang dari mengambil air di sungai belakang rumah Nek Temah dan dia gagal ditemui. Pada masa sama Azri menjumpai Putri di tepi sungai tanpa perlu mencarinya pula! Dimana logiknya?

Hantu-hantu seperti prop persembahan pentas pelajar sekolah. Idea naratifnya dan kausaliti, iaitu membuka penutup botol dan hantu keluar menjadi kawan kepada Epul menampakkan kekerdilan kreativiti. Lihat sahaja bagaimana patung Jigsaw dijadikan prop pada Epul. Langsung tidak logik dengan naratif kerana kita tahu Jigsaw bukan watak hantu tetapi pembunuh bersiri yang membunuh secara kreatif!

Nampaknya karyawan Hantu Dalam Botol Kicap menonton filem Saw yang mempunyai tujuh siri filem. Cuba teliti di mana sebab akibat dan logik naratif Saw. Jigsaw memilih mangsanya sebab tertentu dan meletakkan mereka dalam pilihan. Ia memanipulasikan perasaan takut dan mengetengahkan nasib dalam tindakan watak yang mengakibatkan sesebuah peristiwa berlaku. Malah idea hantu dalam botol berpakat dengan Epul membalas dendam di kemuncaknya menunjukkan idea tidak matang disebabkan kemalasan meneroka idea.

David Teo wajib memastikan penulis dan pengarah melakukan penyelidikan dan tidak membuat filem secara membuta tuli tanpa memperhatikan sebab akibat dan logik naratif. Milah dan suami pun datang mengambil anak mereka. Inikah pengajaran sekaligus matlamat naratif filem ini? Milah yang menayangkan pangkal dada dan suaminya sekadar melihat Nek Temah penjaga anak-anak sementara mereka ke Paris selama seminggu. Keseluruhannya imej Melayu dan Islam sekali lagi 'berjaya dikomedikan'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.