saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/02/2012

Himpunan Sejuta Umat di Terengganu dihadiri 6,000 orang

25/02/2012 7:57pm

KUALA TERENGGANU 25 Feb. — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bertema ”Selamatkan Akidah” siri jelajah negeri Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri di sini hari ini berjaya menghimpunkan 6,000 orang.

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, himpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam ini mengetengahkan isu gejala murtad di kalangan akidah umat Islam yang kian meruncing di negara ini.

"Kita mahu menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan isu murtad ini bukanlah serius di negara ini.

"Malah semasa ceramah tadi, kita turut memaparkan rakaman video pengakuan bekas murtad dan mahu memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa kini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas tamat perhimpunan itu.

Aminuddin berkata, kini terdapat 868 kes permohonan menukar agama oleh individu beragama Islam di seluruh negara sejak lima tahun lalu yang perlu ditangani kerajaan bersama NGO Islam daripada terus menular. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.