saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/02/2012

Anis tak jemu ke dapur


ruang dapur rumahnya menjadi lokasi penggambaran video yang boleh dilayari di laman web, www.anisnabilah.com.


COMEL dan tenang. Itulah perasaan apabila bertamu di kediaman chef selebriti, Anis Nabilah Umaruddin, 26.

Bermula dari pintu pagar rumah dua tingkat ini hinggalah ke dapur, setiap inci ruangnya dihiasi perabot moden. Mata cepat tertumpu ke ruang dapur yang menampilkan konsep merah putih.

Di ruang inilah, Anis menghabiskan kebanyakan masanya untuk memasak.

Bahkan, dia lebih selesa jika mengadakan sesi fotografi bersama media di ruang dapur rumahnya.

Dengan kasut tumit tinggi lapan inci dan baju kasual, Anis ligat memasak ketam mentega khusus untuk sesi fotografi petang Rabu lalu.

Dia tidak kekok, sentiasa tersenyum dan mulutnya tidak henti-henti berceloteh.

"Saya memang minat masak sejak kecil lagi. Ibu dan tujuh adik-beradik perempuan saya pandai masak. Setiap hari ada saja makanan sedap yang ibu sediakan.

“Pengaruh kuat ibu membuatkan minat memasak datang dengan sendiri. Saya seperti membesar di dapur kerana setiap kali ada masa lapang, saya pasti mencuba apa sahaja untuk memasak," kata Pemegang Diploma Professional Chef in Culinary Arts dari Food Institute of Malaysia ini.

Kebersihan

Menurut Anis, wanita kini tidak perlu menganggap memasak sesuatu yang remeh dan menyusahkan. Baginya, setiap wanita perlu tahu memasak.

"Saya percaya wanita dan dunia masakan sangat rapat. Saya sendiri tidak pernah jemu masuk dapur setiap hari,” ujarnya yang gemar menjaga kecantikan diri termasuk bersolek.

Pada hujung minggu, Anis mencari idea untuk mencipta sajian gabungan resipi negara berbeza.

Anis juga cuba ketengahkan pelbagai resipi mudah sama ada moden atau tradisional.

Dalam pada itu, wanita kecil molek ini sangat pentingkan kekemasan dan kebersihan ruang dapur.

Lantaran itu, keselesaan di bahagian dapur amat dititikberatkan seperti kebersihan, susun letak pinggan mangkuk, kedudukan perabot, dapur memasak dan tempat mencuci.

“Jika ada masa, saya dan pembantu rumah akan mengemas dapur pada hujung minggu.

“Buat masa ini, ruang ini menjadi lokasi penggambaran video yang memaparkan saya masak menu tertentu. Peminat boleh melayari www.anisnabilah.com,” katanya.

Membaca

Selain memasak, Anis gemar membaca buku-buku resipi untuk menghasilkan resipi baru.

Ceritanya lanjut, dia mahu menghasilkan buku resipi sendiri.

Hidupnya juga diserikan dengan kehadiran anak-anak buah yang selalu menemaninya di rumah.

“Kebanyakan masa saya diluangkan di rumah. Anak-anak buah peneman setia saya. Kerenah mereka yang pelbagai kadang-kadang mencuit hati saya,” ujarnya yang turut menjaga kucing-kucing milik abangnya.

Terdapat sebuah sangkar di luar rumahnya yang menempatkan beberapa ekor kucing yang kebanyakannya berwarna putih.

Rancangan televisyen

Bercerita tentang kejayaan yang dicapainya pada hari ini, dia bermula dengan bekerja separuh masa sebagai chef di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.

Sewaktu bekerja di hotel tersebutlah, Anis mula berjinak-jinak untuk menjalani sesi uji bakat rancangan Icip-Icip dan ternyata rezeki berpihak kepadanya apabila berjaya ditawarkan peluang mengendalikan rancangan tersebut.

Setelah berjaya mencipta nama, Anis ditawarkan untuk mengendalikan rancangan Enak Tradisi dan Sesedap Rasa yang disiarkan di TV1 serta rancangan Rasa-Rasa di TV9.

Bukan itu sahaja, Anis turut diberi penghargaan mengendalikan rancangan masakan bertaraf antarabangsa di saluran Food Network Asia bertujuan mempromosikan masakan Malaysia ke seluruh Asia.

“Menyiapkan video sendiri merupakan perancangan terdekat saya. Saya berharap dapat berkongsi idea masakan dengan golongan muda,” katanya menutup perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.