saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/02/2012

Sabah kekal pengeluar utama minyak sawit negara - Bernard

27/02/2012 6:17pm

KOTA KINABALU 27 Feb. Sabah masih mengekalkan prestasi sebagai pengeluar utama minyak sawit negara dengan mencatatkan peningkatan pengeluaran minyak kepada 5.84 juta tan atau 9.9 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, sokongan kerajaan dan penglibatan aktif pihak industri dalam membangunkan industri minyak sawit telah menyumbang kepada kemajuan industri sawit di negeri ini.

"Pada tahun ini, kawasan tanaman sawit negara telah mencecah seluas lima juta hektar meliputi 73.2 peratus kawasan tanah pertanian negara di mana Sabah mengekalkan kedudukan sebagai negeri yang mempunyai kawasan tanaman sawit terbesar dengan keluasan 1.43 juta hektar.

"Tambahan daripada itu, pengeluaran minyak sawit mentah pada tahun ini meningkat sebanyak 11.3 peratus iaitu daripada 16.99 juta tan pada tahun 2010 kepada 18.91 juta tan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemindahan Teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, hari ini.

Bernard berkata, pengukuhan harga sawit di pasaran global turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport produk sawit dengan nilai eksport pada tahun ini mencatatkan peningkatan 34 peratus iaitu RM83.4 bilion berbanding dengan RM62.2 bilion pada 2010. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.