saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/03/2012

Mansuh 50% tol Cheras-Kajang


NAJIB Tun Razak mengumumkan kadar pengurangan bayaran tol di Plaza Batu 9 ke arah Kuala Lumpur sebanyak RM1 dan kadar tol di Plaza Batu 11 arah ke Kajang sebanyak 90 sen yang disambut meriah oleh para penduduk Bandar Sungai Long dan pemimpin komponen Barisan Nasional pada majlis Pecah Tanah Projek SRJK (C) Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 di Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan 90 sen di Batu 11 menghala ke Kajang mulai 12 tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Grand Saga.

Dengan itu katanya, kira-kira 120,000 pengguna laluan tersebut yang sebelum ini membayar RM3.80 untuk berulang-alik di laluan berkenaan selepas ini hanya perlu membayar RM1.90.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) melibatkan UMNO serta MCA sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan ia satu kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pecah tanah projek Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sungai Long, Kajang dekat sini hari ini.

Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu berjanji akan mengkaji bayaran tol di lebuh raya berkenaan dan langkah itu dipersetujui oleh Kementerian Kerja Raya.

Pada majlis itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut menyerahkan cek RM4.5 juta kepada lembaga pengelola sekolah tersebut untuk memulakan projek pembinaan berkenaan.

Katanya, sekolah yang akan dibina di atas tanah seluas 2.4 hektar itu meliputi 36 buah bilik darjah bagi menampung kira-kira 1,500 murid kawasan sekitar.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.