saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 03/03/2012

Panasonic labur RM1.84b


YORIHISA Shiokawa (kiri) menyerahkan dokumen penyewaan tapak tanah kilang Panasonic Energy kepada Amiruddin Hamzah (kanan) sambil diperhatikan Taulan Md. Rasul di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah semalam.


KULIM 2 Mac _ Pengeluar peralatan elektronik, Panasonic Corporation (Panasonic) melabur RM1.84 bilion (45 bilion Yen) bagi projek membangunkan kilang pengeluaran panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Pengarah Urusan Asia Pasifik, Yorihisa Shiokawa berkata, pusat yang mengeluarkan kepingan wafer, sel dan modul bersepadu tenaga boleh diperbaharui itu dijangka beroperasi menjelang hujung tahun ini.

Katanya, ia dijangka menyediakan peluang kepada lebih 1,500 pekerja mahir dan separuh mahir kepada penduduk sekitar.

"Kilang ini dibina atas tapak tanah seluas 25.2 hektar dan dijangka siap menjelang fasa keempat tahun ini.

"Apabila siap, ia mampu mengeluarkan panel solar sebanyak 300 MegaWatt (MW) setahun dan membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran kumpulan Panasonic di seluruh dunia kepada 900 MW," katanya.

Shiokawa berkata demikian pada majlis pecah tanah kilang berkenaan yang disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Taulan Md. Rasul yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Kumpulan Tenaga Panasonic, Masato Ito; Pengerusi Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

Menurut Shiokawa, pelaburan terbaharu itu menyaksikan komitmen dan keyakinan Panasonic untuk menanam modal secara berterusan di negara ini.

"Sehingga kini, Panasonic telah mendirikan 12 kilang pengeluaran di negara ini dengan kebanyakannya bertumpu kepada sektor elektrik dan elektronik.

"Hari ini, Panasonic melangkah setapak lagi dengan menceburi industri berasaskan tenaga boleh diperbaharui melalui pembuatan panel solar," katanya.

Sementara itu Naib Presiden Kumpulan Tenaga Panasonic, Tetsuhiro Maeda berkata, rancangan untuk melabur dalam bidang tenaga diperbaharui dibuat selepas mengambil kira peningkatan permintaan teknologi mesra alam dan juga pengenalan insentif menarik oleh kerajaan.

"Di samping kemudahan infrastruktur yang baik terutama dari segi bekalan tenaga, Malaysia juga menjadi destinasi pilihan kami kerana kos pengeluaran lebih rendah sebanyak 60 peratus berbanding di Jepun," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.