saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/03/2012

Kenapa pukul suami saya? - Nadia

DIBELASAH 20 lelaki tanpa motif sebenar di sebuah kelab malam di Jalan Sultan Ismail pada Ahad lepas.

Itu yang berlaku ke atas suami pelakon Nadia Mustafar, Hazil Izham Ismail, 38, di mana kejadian itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Mengikut laporan, punca sebenar yang menyebabkan Hazil dipukul teruk adalah perselisihan faham mengenai zon larangan merokok.

Lalu Hazil menerima 'ganjaran' sehingga tubuhnya mengalami cedera parah termasuk patah tulang pipi kanan, terseliuh bahu kiri serta pendarahan otak.

Meskipun Hazil sudah tampil membuat kenyataan mengenai kejadian, rata-rata masyarakat yang menatap berita ini masih tertanya-tanya akan sebabnya.

Mustahil hanya kerana zon larangan merokok Hazil dipukul dengan kayu dan botol?

Untuk menjawab persoalan ini, Pancaindera telah menghubungi Nadia untuk bertanya mengenai isu ini yang kini di bawah penyiasatan polis.

Bagaimana dengan keadaan Hazil sekarang?

Alhamdulillah, berbanding tempoh hari, dia kini sudah semakin stabil dan okey. Dia sudah boleh bercakap sikit-sikit tapi tak boleh bergerak sangat. Doktor menyarankan supaya dia terus menerima rawatan susulan selama sebulan sebab dia juga mengalami pendarahan otak. Biasanya kalau dah kena begini, memang makan masa sikit untuk pulih sepenuhnya. Lepas dibenarkan keluar dari hospital Rabu lalu, sekarang saya menjaga dia di rumah.

Ada rasa sesuatu tak apabila Hazil kata nak keluar rumah masa tu?

Memang saya rasa tak sedap hati. Biasanya, saya akan ikut dia ke mana-mana . Tapi benda nak jadi dan memang tak jangka. Padahal mula-mula dia kata tak mahu keluar.

Apa reaksi Nadia apabila melihat suami dalam keadaan begitu tempoh hari akibat teruk dipukul?

Terus-terang saya cakap. Saya tak sedih langsung masa mula-mula tengok keadaan dia. Saya cuma rasa sakit hati. Kenapa suami saya dipukul begini? Apa yang dia dah buat?

Cuba cerita kenapa Hazil ke kelab malam tersebut?

Sebenarnya kami baru saja balik dari bercuti di Pulau Pangkor dan sampai Kuala Lumpur pada hari kejadian. Baru saja sampai, dia beritahu pada saya nak keluar. Masa tu pukul 5 pagi. Katanya perlu berbincang tentang projek filem dengan beberapa rakan di sana. Projek tu melibatkan adegan dalam kelab malam sebab tulah dia ke sana. Tapi tak sempat duduk, lampu semua dipadamkan, dan dalam tempoh lima minit tiba-tiba dia dah terbaring di lantai.

Jadi macam mana pula boleh timbul pasal isu zon larangan merokok tu?

Sebenarnya, kawan dia yang merokok, bukan dia. Tapi lepas ditegur, masing-masing ikutlah arahan yang diberikan.

Habis tu kenapa kata isu zon larangan tu yang menjadi punca?

Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi rasa saya, ini mungkin ada kaitan dengan dendam pihak tertentu. Maksud saya, mungkin geng itu mahu pukul orang lain, tapi sudah tersalah sasaran lalu suami saya yang jadi mangsa. Larangan merokok tu isu kecil saja. Saya pun hairan kenapa sampai boleh jadi macam ni.

Hazil mungkin pernah bermusuh dengan sesiapa?

Setahu saya, Hazil adalah orang yang tenang dan tak suka cari masalah. Tak pernah dia bermusuh dengan sesiapa. Saya dah berkahwin dengan dia enam tahun, susah nak tengok kami bergaduh mulut. Ini kan pula dengan orang lain. Sewaktu dia terlantar di hospital hari tu pun ramai kawan-kawan yang datang melawat. Bersesak-sesak dalam wad. Itu menunjukkan dia punya ramai kawan dan tak suka bermusuh.

Apakah Hazil dan Nadia sudah fikirkan apa tindakan yang akan diambil selepas ini?

Kes ni dah jadi kes polis. Pihak polis pun dah berjaya mengesan dan mengenal pasti identiti mereka yang terlibat. Sekarang ni, saya serahkan saja semuanya kepada pihak berkuasa. Tapi sebagai isteri, saya sentiasa memberi sokongan kepada suami.

Apa komen Nadia mengenai pelbagai tanggapan orang tentang kejadian itu?

Orang boleh buat macam-macam spekulasi. Saya tak boleh komen panjang lebar. Hazil sendiri pun tak mahu tuduh siapa dalang di sebalik kejadian itu. Jadi biarlah polis saja yang selesaikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.