saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/03/2012

Di sebalik RM10 juta SimplySiti


MALAM pelancaran SimplySiti Dermagic yang diserikan dengan celoteh pengacara majlis, Sharifah Shahirah (kiri) dan persembahan oleh Osbon.


SELEPAS dua tahun menceburi bidang perniagaan secara serius, penyanyi wanita tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengakui ia bukanlah semudah yang disangka.

Jika sebagai anak seni, dia harus berdepan dengan gosip tetapi sebagai ahli perniagaan, Siti Nurhaliza memberitahu, dia perlu menyiapkan diri dengan sebarang kemungkinan.

Bukan mahu berfikiran negatif, tetapi dia cukup sedar akan realiti dunia perniagaan yang penuh mencabar selain perlu bersaing.

Namun sebagai seorang yang baru berjinak-jinak dalam selok-belok perniagaan dalam tempoh dua tahun ini kata Siti Nurhaliza, dia sudah melalui pengalaman yang membuatkannya terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat produk SimplySiti.

"Perniagaan dan dunia seni adalah dua cabang yang sangat berbeza. Banyak yang telah saya pelajari sebenarnya dalam tempoh dua tahun sejak SimplySiti dilancarkan.

"Barangkali masyarakat melihat kejayaan produk ini yang mendapat tempat adalah sesuatu yang mudah tetapi percayalah, setiap perkara itu tidak datang bergolek. Semuanya memerlukan usaha dan kerja keras bagi memastikan kelancaran pemasaran produk ini di pasaran.

"Mujurlah dengan bantuan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta dua rakan kongsi kami, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed dan P.Y. Wong, SimplySiti berjaya mencipta kejayaan di luar dugaan," kata Siti Nurhaliza atau mesra disapa Siti sewaktu sidang akhbar pelancaran produk terbaru SimplySiti, Dermagic di Hotel Sunway Resort & Spa, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Apa yang membuatkan Siti bangga dan gembira ialah ia turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung soal halal dalam produk SimplySiti.

Menyambung bicara, Siti mengakui di awal kemunculan SimplySiti pulangan yang diterima tidaklah besar atau melebihi pelaburan yang dilakukan.

Tetapi ujarnya, sudah menjadi resmi dalam dunia perniagaan dan dengan strategi pemasaran yang berkesan, SimplySiti mula meraih laba yang berlipat ganda.

Ketika ditanya tentang pelaburan untuk SimplySiti sehingga ke hari ini, jelas Siti, jumlah yang telah dilaburkan melebihi RM10 juta.

"Dengan keuntungan yang diperolehi, kami melaburkan kembali untuk penyelidikan dan pembangunan produk terbaru SimplySiti. Salah satunya adalah Dermagic yang dihasilkan dengan bahan bermutu tinggi dan halal dari Korea," kata penghibur kesayangan ramai berusia 33 tahun itu panjang lebar.

Bercerita lanjut tentang Dermagic, Siti menjelaskan, ia merupakan rangkaian produk pertama di negara ini yang menggunakan endorfin yang diekstrak daripada beri kering dari pokok chaste.

Hasilnya ia mampu merangsang perasaan gembira dan mengurangkan tekanan pada kulit. Malah kajian juga menunjukkan bahawa ia turut mengandungi faedah anti oksida dan pelembap yang dapat melawan kesan penuaan.

Mungkin kedengaran agak mustahil, tetapi sebelum ia dipasarkan, kajian telah dilakukan terlebih dahulu oleh ahli dermatologi kepada golongan wanita untuk menguji keberkesanannya.

Ternyata kajian itu menunjukkan reaksi yang cukup positif dan membuatkan SimplySiti yakin untuk memasarkan rangkaian produk Dermagic.

"Dermagic merupakan rangkaian penjagaan dan rawatan kulit yang bukan hanya membantu para wanita untuk kelihatan cantik dari luaran semata-mata.

"Ini juga mampu menjadikan pengguna produk ini awet muda dan kulit lebih cerah serta membangkitkan kecantikan dalaman sekali gus menceriakan mereka sepanjang masa.

"Kami mahu mempelbagaikan produk dalam memberikan variasi kepada pengguna tegar SimplySiti. Walaupun masih baru di pasaran, dengan sokongan dan sambutan yang diberikan membuatkan kami terus berusaha memberikan produk yang berkualiti untuk pengguna," jelas bekas juara Bintang HMI 1995 ini penuh optimis.

Sebanyak lima produk yang dihasilkan dalam rangkaian Dermagic iaitu pelembap, serum, scrub, topeng muka dan krim mata yang mula dijual sejak 1 Februari lalu di seluruh negara dan Brunei.

Siti juga memberitahu SimplySiti mensasarkan untuk melahirkan lebih kurang 100 produk kecantikan dan kosmetik menjelang akhir tahun ini.

Dalam majlis itu, Siti turut memperkenalkan wajah baru SimplySiti untuk Dermagic iaitu Syazwin yang bersesuaian dengan produk tersebut.

Pemilihan Syazwin yang berusia 30 tahun berdasarkan uji bakat tertutup yang diadakan dan persona yang dimiliki oleh wanita itu ternyata menambat hati SimplySiti.

"Insya-Allah di masa akan datang, SimplySiti akan melahirkan lebih ramai wajah baru bersesuaian dengan produk kami. Namun ini tidak bermakna saya tidak lagi menjadi wajah SimplySiti.

"Semua bergantung kepada produk dan saya yakin jika bukan wajah saya yang digunakan sekali pun, pengguna sudah tahu SimplySiti adalah Siti Nurhaliza," katanya melempar senyuman manis.

Menyentuh tentang kerjaya seninya pula, Siti memberitahu dia akan terlibat dengan persembahan minggu setiausaha di Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur.

Seperti yang sudah berkali-kali disuarakannya sebelum ini, Siti tetap mahu mengadakan konsert mega yang diidam-idamkannya.

"Teringin juga hendak membuat konsert seperti zaman sebelum kahwin dulu (ketawa). Tetapi kita tunggu sahaja nanti. Lagi pun, pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

"Biarlah ia selesai dahulu dan barulah kita fikirkan langkah seterusnya. Apa yang pasti, konsert itu tetap akan diadakan," ujar pemilik trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh mengharap.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.