saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 05/03/2012

Iran siap sedia hantar tentera bantu Syria


Penduduk mengadakan tunjuk perasaan anti-Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas solat Jumaat di Yabroud dekat Damsyik pada 2 Mac lalu. - REUTERS


WASHINGTON 4 Mac - Iran sedang mempersiapkan pasukan tentera dan bahagian perisik bagi membantu mempertahankan Syria dalam pemberontakan oleh pembangkang, lapor akhbar Washington Post lewat malam tadi.

Tanpa menamakan tiga pegawai rasmi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kaitan dengan laporan perisikan negara, akhbar itu melaporkan, Teheran sedang meningkatkan bekalan senjata dan bantuan lain kepada rejim Bashar al-Assad.

"Bantuan dari Iran sedang dipertingkatkan dan ia memberi penekanan kepada keperluan paling utama rejim," lapor akhbar itu.

Laporan tersebut disokong perisikan AS yang menyatakan bahawa operasi Iran baru-baru ini mengalami masalah ketika membantu pasukan keselamatan Syria di dalam negara.

"Mereka menyediakan pelbagai kelengkapan, senjata dan bantuan teknikal termasuk peralatan memantau bagi menyekat pemberontakan. Pegawai keselamatan Iran juga ditugaskan ke Damsyik bagi menghulurkan bantuan mereka," lapor berita itu.

Seorang lagi pegawai AS juga berkata, Iran baru-baru ini menghantar perkhidmatan perisikan utamanya daripada Kementerian Perisikan dan Keselamatan ke Damsyik bagi membantu menasihati dan melatih rakan sejawat dari Syria yang ditugaskan mengawal pemberontakan di sana.

Ketua Pasukan Quds, Brigier Jeneral Qassem Suleimani juga dikatakan melawat Damsyik sekurang-kurangnya sekali dalam beberapa minggu kebelakangan ini, lapor akhbar itu.

Dalam pada itu, China hari ini mengutuk tindakan rejim Bashar al-Assad yang mengundang kemarahan antarabangsa selepas menyekat bantuan sampai ke Baba Amr di bandar Homs, pada hari kedua semalam.

China, yang menyertai Rusia menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menentang pergolakan yang berlaku di Syria dengan mendesak semua pihak menghentikannya dalam apa jua cara.

Agensi berita Xinhua melaporkan kenyataan Kementerian Luar meminta diadakan dialog antara rejim Syria dan satu pihak yang dianggap berpengaruh daripada segi politik. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.