saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 06/03/2012

Militan al-Qaeda serang Yemen

ADEN 5 Mac - Sekurang-kurangnya 103 askar kerajaan dan 25 militan terbunuh dalam pertempuran dengan militan al-Qaeda selepas kumpulan militan itu menyerang tentera Yemen di selatan negara ini, semalam.

Seorang pegawai tentera hari ini berkata, berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan mengejut al-Qaeda ke atas pos-pos tentera di pinggir ibu kota wilayah Abyan, Zinjibar itu.

Angka kematian disahkan oleh seorang kakitangan perubatan di sebuah hospital tentera di bandar pelabuhan Aden.

Kakitangan tidak menang tangan untuk merawat mangsa yang begitu ramai.

"Kami terpaksa menggunakan pejabat pentadbiran dan bilik menunggu untuk merawat mereka yang cedera.

"Hospital ini penuh sesak dengan askar yang terbunuh dan cedera," kata kakitangan itu,'' katanya.

Pegawai tentera melaporkan pertempuran sengit meletus semalam apabila militan cuba menyerang sebuah pos tentera di Kud, ke selatan Zinjibar, dan keganasan kemudian merebak ke pos tentera lain di pinggir bandar itu.

Sekurang-kurangnya 56 askar ditawan oleh militan al-Qaeda, termasuk tujuh pegawai tentera dan 10 askar lagi mengalami kecederaan.

Puak militan yang dikenali sebagai Pejuang Syariah itu menawan Zinjibar dan beberapa pekan lain di selatan Yemen pada Mei lalu ketika bekas Presiden Ali Abdullah Saleh menghadapi protes besar-besaran menuntut beliau disingkirkan.

Serangan semalam adalah yang terbaru ke atas pasukan keselamatan sejak Presiden Abdrabuh Mansur Hadi mengambil alih teraju pemerintahan daripada Saleh dan mengangkat sumpah jawatan pada 25 Februari lalu di bawah perjanjian peralihan kuasa yang dirundingkan oleh negara Teluk. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.