saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/03/2012

Majikan perlu sokong dasar gaji minimum - Zainal

07/03/2012 6:57pm

KUALA LUMPUR 7 Mac Majikan di negara ini sepatutnya menyokong dasar gaji minimum yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tidak lama lagi dan bukannya membantah atau memberikan komen negatif, kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia, Datuk Zainal Rampak.

Beliau berkata, tindakan majikan yang mendakwa syarikat akan gulung tikar jika gaji minimum diperkenalkan adalah lebih bersikap menjaga kepentingan masing-masing tanpa memperdulikan nasib pekerja mereka.

"Kata-kata ini memang sering kita dengar tetapi majikan masih lagi kekal menjalankan perusahaan kerana suasana negara kita aman, situasi politik stabil dan paling penting tiada tunjuk perasaan oleh pekerja, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zainal berkata, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memohon gaji minimum sebanyak RM1,200 sejak awal tahun 90-an lagi, namun dikurangkan kepada RM900 atas desakan majikan yang menyatakan kadar yang diminta oleh MTUC adalah terlalu tinggi.

"Kami menyangka dengan pengurangan tersebut ia akan dapat diterima oleh majikan tetapi tidak menjadi kenyataan, katanya.

Menurut Zainal, kadar gaji minimum yang sepatutnya adalah RM1,500 dan bukannya RM900 memandangkan kos sara hidup di negara ini yang semakin meningkat. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.