saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/03/2012

Skandal pasir Selangor: Siasatan Selcat tak dibentang di DUN

07/03/2012 6:59pm

SHAH ALAM 7 Mac Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Datuk Teng Chang Khim berkata, jawatankuasa itu tidak akan dapat membentangkan keputusan siasatan awamnya mengenai tiga syarikat milik negeri di Dewan Undangan Negeri yang dijadual bermula 19 Mac ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu memerlukan masa untuk memberi perhatian teliti kepada pelbagai isu yang rumit dan teknikal yang dibangkitkan semasa pendengaran terhadap syarikat-syarikat terbabit.

"Pihak jawatankuasa memerlukan masa yang lebih panjang untuk meneliti setiap maklumat yang diberikan daripada pelbagai aspek selain bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan pendengaran Selcat mengenai anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.

Selain PKPS, Selcat juga mengadakan siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan pemegang konsesi melombong pasir dan sayap pendidikan negeri, Yayasan Selangor, masing-masing pada Isnin dan Selasa.

Chang Khim berkata, pendengaran awam yang tamat hari ini akan disambung semula jika wujud keperluan. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.