saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/03/2012

Sesi pendengaran awam hanya buang masa - Mohd. Zin

SHAH ALAM 7 Mac - Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang bersidang selama tiga hari sejak Isnin lalu bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan tiga anak syarikat kerajaan negeri, terbukti hanya membuang masa.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, keadaan itu jelas dilihat apabila Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Khim menyatakan hasil pendengaran awam tersebut tidak akan dibincangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadual berlangsung 19 Mac ini.

"Hakikatnya apa bidang kuasa yang ada pada Selcat, tidak ada langsung. Sekiranya didapati benar-benar wujud salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan anak syarikat kerajaan negeri, apa tindakan Selcat dan apa kuasanya.

"Apakah Selcat hanya sekadar menasihati anak-anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat sekiranya didapati mengamalkan salah guna kuasa dan penyelewengan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Chang Khim yang juga Speaker DUN Selangor tentang hasil sesi pendengaran awam Selcat selama tiga hari yang berakhir hari ini mengenai tiga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd. (KSSB), Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tidak akan dibawa ke sidang DUN.

Chang Khim memberikan alasan bahawa pihaknya memerlukan masa untuk mengkaji dan memahami setiap penjelasan yang dikemukakan bagi memberi keadilan kepada semua pihak membabitkan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan itu.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, kenyataan Chang Khim itu jelas memperlihatkan peranan Selcat yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada kepentingan kerajaan negeri dan rakyat negeri ini.

Sebaliknya, beliau mendakwa sesi pendengaran awam Selcat itu hanyalah satu 'lakonan politik' untuk mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan negeri hari ini mengamalkan ketelusan, keterbukaan dan sebagainya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.