saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 08/03/2012

MPK bina rumah untuk kakitangan


MUSTAFAR Khalid (kanan) dan Wan Daud Wan Ibrahim (kiri) memasang batu-bata dalam program gotong-royong MPK di Kampung Tengah Bawah Tebing, kemaman, kelmarin.


KEMAMAN 7 Mac - Rumah yang dihuni oleh Wan Daud Wan Ibrahim, 53, bersama isteri dan lima orang anak di Kampung Tengah Bawah Tebing di sini, sungguh menyedihkan dan hanya menunggu untuk rebah ke bumi.

Wan Daud yang bekerja sebagai pekerja am di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) begitu sayu kerana tidak mampu menyediakan kediaman lebih baik buat keluarganya.

Bagaimanapun, kelmarin, sempena ulang tahun ke-10 pemasyhuran MPK, majikan Wan Daud telah menyalurkan bantuan bernilai RM10,000 bagi membina kediaman baharu yang dilakukan secara gotong-royong oleh warga majlis perbandaran tersebut.

"Alhamdulillah dan terima kasih. Saya bersyukur kerana majikan ambil peduli soal nasib kami sekeluarga," ujar Wan Daud ketika ditemui semalam.

Lebih 50 warga kerja MPK, termasuk Yang Dipertuanya, Mustafar Khalid 'turun padang' untuk bersama-sama menyiapkan rumah yang didirikan di sebelah rumah sedia ada.

Wan Daud yang berkhidmat bersama MPK sejak 13 tahun lalu berkata, hadiah MPK itu amat mengharukan dan menyuntik semangatnya untuk bekerja dengan lebih tekun.

"Rumah yang kami huni sekarang adalah peninggalan mentua saya. Kalau mahu membuat pinjaman untuk membina rumah pun sukar kerana saya akan pencen tidak lama lagi.

"Jadi kami sekeluarga amat menghargai bantuan ini. Alhamdulillah Hari Raya Puasa ini dapatlah saya, isteri dan anak-anak beraya di rumah yang lebih selesa," katanya.

Sementara itu, Mustafar berkata, bantuan yang disalurkan kepada pekerja terlibat sempena pemasyhuran MPK ke-10 itu adalah sebagai tanda prihatin terhadap nasib kakitangan.

"Kakitangan yang benar-benar memerlukan kita beri bantuan dalam pelbagai bentuk agar beban yang ditanggung mereka dapat dikurangkan. Semoga bantuan ini akan menjadi kenangan buat penerima," ujarnya.

Menurutnya, kakitangan yang memerlukan bantuan dikenal pasti oleh Persatuan Sekerja Pihak Berkuasa Tempatan Kemaman yang sentiasa membela nasib pekerja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.