saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/03/2012

Perlis, Kedah turut banjir

ALOR SETAR 8 Mac - Beberapa kawasan di Perlis dan Kedah turut dilanda banjir kilat serentak dengan kejadian yang sama di Lembah Klang semalam. Sehingga petang ini, ramai penduduk yang dipindahkan ke kawasan selamat berikutan air semakin naik. Di daerah Changlun, kira-kira 180 penduduk dari 12 kampung dipindahkan di dua pusat pemindahan banjir sehingga pukul 5 petang hari ini.

Pegawai Kebajikan Daerah Kubang Pasu, Mohd. Shabbri Othman berkata, dua pusat pemindahan yang dibuka ialah di dewan orang ramai Masjid Sungai Laka yang menempatkan 31 keluarga (112 orang) dan dewan orang ramai Kampung Kubang Betong yang menempatkan 17 keluarga (68 orang).

Menurutnya, kampung yang terjejas adalah Kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau dan Paya Lantau Dalam, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pekan Lama Changlun, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama.

Sementara itu di Perlis, sebanyak 34 keluarga di Kampung Rambai, Padang Siding dekat Arau dipindahkan ke sebuah surau ekoran banjir kilat yang melanda kampung itu malam tadi.

Hujan lebat beberapa jam bermula pukul 10 malam itu menyebabkan paras air di sungai berdekatan melimpah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rambai, Jamil Mat berkata, kesemua mangsa diarah berpindah setelah rumah mereka dinaiki air sehingga satu meter.

Katanya, mereka bagaimanapun pulang ke rumah masing-masing setelah banjir mula surut pukul 5 pagi ini.

Menurut beliau, ini banjir kilat pertama tahun ini dan agak buruk berbanding tahun lalu.

Jamil memberitahu, pemeriksaan awal mendapati, banjir disebabkan air sungai di kampung berkenaan melimpah lebih-lebih lagi kerana menjadi tempat pertembungan Sungai Arau dan Sungai Kok Klang.

"Selain itu, aliran air di sungai kampung tersebut juga didapati tersekat sejak pembinaan jalan baharu. Ia dipercayai disebabkan pembetung yang dibina agak kecil bagi menampung jumlah aliran air yang banyak khususnya ketika hujan lebat," katanya.

Salah seorang mangsa, Mohd. Roshidi Abu Bakar, 35, berkata, dia menyedari air memenuhi kawasan rumahnya yang terletak di tepi sungai sejak pukul 10 malam tadi.

"Air meningkat hingga satu meter dan saya mula bimbang kerana sebelum ini, air hanya mencecah ke lantai rumah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.