saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 09/03/2012

Halim Saad tingkat pelaburan di Kazakhstan




KUALA LUMPUR 8 Mac - Markmore Sdn. Bhd. (Markmore) yang dimiliki oleh tokoh korporat Tan Sri Halim Saad merancang meningkatkan pelaburannya di Kazakhstan dengan memiliki lebih banyak lapangan minyak di negara itu.

Halim berkata demikian hari ini selepas memeterai perjanjian pelantikan Sumatec Resources Bhd. (Sumatec) sebagai pengendali konsesi medan minyak di negara tersebut.

Markmore melalui anak syarikatnya Markmore Energy (Labuan) Ltd. (Markmore) dan Caspioilgas LLP (Caspioilgas) merupakan pemilik konsesi lapangan minyak di Kazakhstan untuk tempoh 25 tahun.

Halim yang juga Pengerusi Eksekutif Markmore mengakui beliau sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai rancangannya itu namun enggan mengulas lanjut.

"Masih berbincang.. dan kami berminat untuk mengambil lebih banyak medan minyak di sana.

"Kazakhstan menjadi tumpuan kami kerana ia membabitkan penerokaan minyak di darat, kosnya lebih murah,'' katanya selepas majlis menandatangani pelantikan Sumatec bagi mengendalikan medan minyak Rakunshechnoye.

Kazakhtan yang memiliki rizab emas hitam ke-11 terbesar di dunia itu membenarkan syarikat-syarikat asing memiliki telaga minyak sendiri.

Markmore dan Caspioilgas telah memiliki medan minyak Rakunshechnoye sejak 2007, yang dibeli daripada syarikat lain.

Medan minyak itu memiliki 47 telaga minyak tetapi hanya tiga yang sedang digunakan.

Sementara itu, Naib Presiden Projek-Projek Tenaga, Shahrum Ramli berkata, Sumatec diberi tanggungjawab untuk meningkatkan pengeluaran di medan minyak itu.

Beliau berkata, setakat ini, medan itu menghasilkan 1,000 tong sehari dan dijangka meningkat kepada 2,000 tong dalam tempoh 12 bulan ini.

"Dengan kerjasama ini, kami menaruh harapan pengeluaran dapat ditingkatkan kepada 8,000 tong sehari dalam tempoh tiga tahun.

"Memandangkan jumlah pengeluaran terhad, kami hanya mengeksport ke Eropah sahaja,'' katanya.

Beliau menambah, minyak yang dihasilkan di medan Rakunshechnoye itu berkualiti tinggi dan ringan serta kandungan sulfur yang rendah, malah lebih baik berbanding Tapis.

Halim berkata, sejak beroperasi lima tahun lalu, pihaknya telah melabur lebih AS$90 juta (RM270 juta) dan sudah berjaya mendapat balik modalnya.

"Pada tahun ini, kami memerlukan sejumlah AS$60 juta (RM180 juta) bagi perbelanjaan modal dan AS$10 juta (RM30 juta) bagi modal kerja,'' tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.