saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/03/2012

Industri bijih besi: Terengganu terima 5 permohonan

09/03/2012 6:33pm

KEMAMAN 9 Mac – Kerajaan Terengganu menerima lima permohonan syarikat luar yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam industri melombong bijih besi di Bukit Besi menerusi pelaburan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, permohonan daripada tiga syarikat dari negara China dan masing-masing satu dari India dan Abu Dhabi, itu dijangka mampu memberi pendapatan besar kepada ekonomi negara selain mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Syarikat tersebut masing-masing telah menghantar permohonan kepada kerajaan negeri dan mengemukakan kajian daya maju kawasan itu.

“Mereka telah buat kajian terperinci, berbincang dan sebagainya. Tengoklah, kita tunggu siapa yang akan buka kilang yang lebih besar dan boleh memberi manfaat pembukaan tersebut kepada negeri, barulah kita akan berikan,” katanya di sini hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata, hanya satu syarikat sahaja diperlukan untuk mengusahakan kawasan perlombongan seluas 320 hektar itu.

"Kita belum tahu lagi berapa anggaran pelaburan yang akan dibuat nanti kerana ia berdasarkan kapasiti pengeluaran syarikat. Namun saya rasakan pembukaan kilang kini perlukan 1 bilion sekurang-kurangnya,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan negeri menetapkan dasar bahawa pelabur luar yang mahu memajukan lombong bijih besi itu perlu membuat pelaburan dengan membuka kilang di Terengganu. – BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.