saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/03/2012

Raja Zarith Sofiah mahu ibu bapa, jiran awasi kanak-kanak

11/03/2012 10:01pm

JOHOR BAHRU 11 Mac Isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meminta ibu bapa supaya lebih berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

Titah baginda, selain itu, masyarakat setempat terutama jiran juga perlu memainkan peranan dan bersikap prihatin apabila berjumpa dengan kanak-kanak yang berjalan sendiri tanpa orang tua mereka.

Baginda bertitah demikian selepas melawat keluarga kanak-kanak hilang, Nurul Nadirah Abdullah, 5, di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Baginda turut melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa keluarga tersebut dan turut sama berkongsi perasaan sedih sebagai seorang ibu ekoran kejadian itu.

Dalam kunjungan itu, baginda bertemu dan bertanya khabar ibu bapa Nurul Nadirah iaitu Roselyn Alan dan Lima Medeng, masing-masing 25 tahun, serta abang kanak-kanak itu, Mohd Hafis Abdullah, 6.

Pada 1 Mac lalu, Nurul Nadirah, yang lebih dikenali sebagai Dirang di kalangan anggota keluarganya, hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan flat berkenaan. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.