saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/03/2012

Nafi empangan pecah punca banjir

KUALA LUMPUR 10 Mac - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bencana banjir di sekitar ibu negara dan pinggir bandar pada Rabu lalu berpunca daripada empangan pecah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan (gambar) menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan alasan semata-mata untuk menuding jari kepada Syabas atas bencana yang berlaku.

Beliau berkata, hujan yang luar biasa menyebabkan satu daripada kawasan yang terjejas teruk iaitu Lembah Jaya Ampang tidak mampu menampung takungan air, sekali gus menjadikan paras sungai meningkat dan melimpah.

"Saya minta kepada sesetengah pihak agar tidak menuding jari kepada Syabas atas bencana yang berlaku kerana ia bukan berpunca daripada empangan pecah, malah tiada empangan di daerah Ampang.

"Syabas sentiasa berusaha untuk membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekeliling dan kami akan meneruskan usaha itu," katanya selepas menyertai aktiviti Gotong-Royong Perdana bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Lembah Jaya Ampang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, seramai 400 kakitangan Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) menyertai aktiviti gotong-royong tersebut bagi membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kawasan sekitar terutamanya kediaman yang musnah, selain bantuan bekalan air bersih menerusi 15 lori tangki berkapasiti 1,200 liter.

Selain itu, Ruslan turut menghulurkan sumbangan 400 botol air minuman kepada mangsa-mangsa banjir untuk kegunaan harian.

"Aktiviti (gotong-royong) ini merupakan satu daripada tanggungjawab sosial Syabas dan berharap dapat meringankan beban mangsa, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan bekalan air bersih.

"Syabas akan terus menghantar bekalan air bersih ke Lembah Jaya Ampang sehingga keadaan stabil, namun kerja-kerja pembersihan akan mengambil masa ekoran kenderaan berat tidak dapat memasuki jalan yang sempit dan bergantung kepada tenaga manusia," ujarnya.

Jelas Ruslan lagi, Syabas akan berusaha untuk memulihkan bekalan air di kawasan terjejas dalam masa terdekat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.