saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/03/2012

Adnan Sempit 2 menjengkelkan


Satu adegan filem Adnan Sempit 2 arahan Ismail Bob Hashim.


ADNAN adalah sarkas Melayu di layar perak. Tahniah kepada pengarahnya yang menghasilkan filem komedi yang berjaya membinasakan maruah dan imej seorang Melayu.

Adnan seorang mat rempit bercinta dengan Nadia anak orang kaya, Datuk Isnin yang mempunyai empayar perniagaan. Imej yang dipakaikan kepada Datuk ialah kot dan tuksedo, bercakap rojak dan itulah syarat kepada Adnan jika mahu berkahwin dengan anaknya.

Lantaran syarat tersebut Adnan terpaksa belajar bahasa Inggeris, belajar main golf dan bergaya memakai kot dan tuksedo ala korporat. Begitulah naifnya pengertian perniagaan dalam filem ini. Imej palsu ini langsung tidak menggambarkan keperluan seseorang untuk menceburi sektor perniagaan sebenar.

Adnan dipesongkan lidah menyebut korporat sebagai 'orang koperasi' . Kebodohan Adnan menyebut korporat kepada koperasi secara sengaja berterusan sehingga ke akhir filem melambangkan mentaliti penulis dan pengarahnya yang dijangkiti sindrom buat lawak ikut suka "kepala lutut." Nampaknya filem Melayu semakin maju.

Inikah wajah kita yang kita harapkan untuk ditonton kepada masyarakat majmuk negara kita? Mat rempit Melayu yang kecewa dan keliru. Menghebatkan mat rempit perempuan.

Sungguh aneh kerana pengarah, penulis, pelakonnya adalah orang Melayu tetapi tergamak mereka merekabentuk watak Melayu yang sempit, rempit dan naïf di layar perak sehingga perkataan korporat disalah sebutkan sebagai koperasi. Walhal koperasi itu sendiri entiti yang banyak membantu ekonomi Melayu.

Jika begitulah mentaliti dan keinginan kita mewajahkan perniagaan sebagai belajar bahasa Inggeris, memakai kot dan tuksedo dan bermain golf menjadi 'Woooden Tiger' seperti dikatakan Adnan maka itulah lambang kebodohan hakiki. Sebenarnya mereka terlalu diberikan kebebasan berkarya sehingga wewenang menggunakan keuntungan dan wang juta-juta ringgit membikin filem merosakkan imej Melayu di layar lebar dengan melampau.

Kita faham pasaran filem tetapi apakah ini lesen agung membikin filem bebas apa sahaja sehingga menghina imej Melayu?

Kita tidak menolak jika Adnan mahu belajar bahasa Inggeris tetapi kenapa dialek Kedah dijadikan bahan lawak. Kita sedia maklum, apabila penutur itu berbual dalam bahasa Inggeris dan tiba di beberapa kalimat disebutnya dalam bahasa ibunda selalu sangat, ia dijenakakan dan dimain-mainkan.

Jika itulah alasannya, Adnan belajar bahasa untuk menceburi dunia korporat mengapa naratif tidak dibina sebijak mungkin agar inti pati perniagaan itu diketengahkan? Hanya sekadar bahasa pertuturan harian dan membuat sesi penerangan dengan rakan niaga dari negara asing. Saya jangka Adnan sudah menguasai dengan baik bahasa itu dan babak ini untuk memaparkan kejayaannya dengan cara bermaruah. Ini dapat diterima. Namun apa yang berlaku Adnan dengan bijaknya mengikut apa sahaja yang dibacakan oleh Wawa dan Bobby melalui alat pendengar telinga.

Kalau kita menonton apa saja filem berkaitan usaha sesuatu watak untuk membaiki dirinya ke arah lebih baik, di puncak naratif watak itu akan berjaya dan kita berkongsi perasaan bangga dengannya. Namun Adnan memalukan kita.

Pada masa yang sama imej palsu Datuk dan korporat, dipakaikan imej Wawa yang suka mempromosikan produk Dr. Romli. Kita boleh faham produk herba dan kesihatan tradisi ala MLM Wawa dengan nama Dr. Romli ialah sindiran kepada Dr Rozmey.

Namun adalah sangat tidak wajar jika perniagaan dan kejayaan Dr Rozmey diremehkan dan dijadikan bahan sindiran dalam filem Melayu lawak bodoh Adnan Sempit ini. Terang-terang imej Wawa sebagai penjual herba Melayu diremehkan dan dibunuh dalam filem ini. Walhal imej herba Melayu dan empayar perusahaannya bertaraf antarabangsa melahirkan jutawan herba Melayu secara diam-diam. Herba Melayu kita telah dikaji, dipaten bukannya setakat MLM.

Penghinaan paling berjaya ialah menjadikan bangsa Melayu sebagai bahan lawak dan bangsa itu mengetawakan bangsa mereka sendiri atas alasan berhibur. Inilah namanya buta tuli. Mentaliti bangsa Melayu terjajah masih banyak lagi rupa-rupanya. Neokolonialisme muncul berbagai bidang menerusi Melayu yang menghadapi sindrom inferiority complex teramat parah.

Berhentilah menjadikan Dr. Rozmey sebagai bahan sindiran. Sekurang-kurangnya beliau tidak seperti penulis dan pengarah filem Melayu yang tergamak menjual imej bangsa dan agama dengan merekacipta naratif dan watak Melayu hancur nilai, sahsiah dan identiti.

Lebih baik manfaatkan modal juta-juta ringgit itu untuk buat bisnes lain atau menderma kepada anak yatim. Akhirnya Datuk pula menjadi mat rempit angkat tayar sehingga isterinya jatuh di jalan raya sambil semua watak Melayu bersorakan sebagai pengakhiran "mengembirakan". Serius, amat membodohkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.