saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 11/03/2012

Pejabat Stesen Penguatkuasa JPJ Sri Lalang dinaik taraf

KLUANG 10 Mac - Jika sebelum ini, penduduk di daerah Kluang perlu pergi ke Batu Pahat untuk berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) namun, bermula 1 Mac lalu, mereka boleh menarik nafas lega kerana Pejabat Stesen Penguat Kuasa Sri Lalang dinaik taraf sebagai Pejabat JPJ Cawangan Kluang.

Pengarah JPJ negeri, Johari Yusof berkata, keputusan menaik taraf pejabat tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan terus kepada rakyat.

"Pejabat ini adalah sebuah stesen penguat kuasa yang mula beroperasi 1 Ogos 1996 dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

"Selaras dengan hasrat berkenaan, pihak jabatan telah mengambil tindakan menaik taraf Pejabat Stesen Penguatkuasa Sri Lalang ini menjadi Pejabat JPJ Cawangan Kluang," katanya pada majlis menaik taraf pejabat berkenaan baru-baru ini.

Johari berkata, perkhidmatan yang ditawarkan sama seperti cawangan lain iaitu pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM); pembaharuan Lesen Memandu; Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV); pendaftaran kenderaan baru dan tukar milik kenderaan; tempahan ujian pemandu; semakan senarai hitam dan pembayaran saman JPJ.

Menurutnya, dengan adanya pejabat itu, masyarakat di daerah Kluang boleh berurusan dengan lebih cepat dan efisien.

"Kini, penduduk di daerah itu tidak perlu lagi pergi ke pejabat cawangan lain untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ kerana semua telah disediakan di Pejabat JPJ Cawangan Kluang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.