saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/03/2012

Shahrizat berundur


SHAHRIZAT Abdul Jalil sambil meriba seorang kanak-kanak ketika menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/HAFIZ JOHARI


SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.

Surat mengenai perkara tersebut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Beliau yang dikerumuni berpuluh-puluh wartawan daripada pelbagai agensi media turut menolak dakwaan keputusan tersebut mempunyai kaitan dengan skandal National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

Sebaliknya, Shahrizat menegaskan ia hanyalah kebetulan memandangkan beliau merupakan isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.

Begitu pun kata Shahrizat, beliau akan terus menerajui Pergerakan Wanita UMNO dan Wanita Barisan Nasional (BN) kerana itu adalah apa yang dimahukan oleh ahli di peringkat akar umbi.

Berikut adalah transkrip sidang akhbar tersebut:

Wartawan: Apakah keputusan meletak jawatan adalah keputusan Datuk Seri sendiri?

Shahrizat: Saya sudah lama jadi ahli politik. Saya rasa ini adalah masanya untuk saya berundur. Saya merupakan seorang peguam, masuk politik, jadi menteri, pernah menang (pilihan raya), kalah, dan kembali semula (dalam politik). Semua ini saya lakukan demi khidmat kepada rakyat. Saya mahu gembira menjalankan tugas. Justeru, apa sahaja keputusan yang saya buat adalah keputusan terbaik dan ini (letak jawatan) adalah keputusan tepat.

Adakah peletakan itu mempunyai kaitan dengan skandal NFCorp?

Tidak ada kaitan. Ia hanya kebetulan memandangkan saya merupakan isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC. Ini adalah keputusan saya sendiri (letak jawatan). Saya mahu pastikan apabila saya berundur, segala kemelut NFCorp akan diselesaikan secara undang-undang. Kita tunggu keputusannya nanti.

Bila Datuk Seri akan menghantar surat peletakan jawatan?

Saya sudah siapkan surat itu dan akan hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini. Tapi ia akan berkuat kuasa 8 April ini.

Untuk jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita BN, saya telah fikir dengan panjang lebar, saya akan teruskan tugas dan amanah yang diberikan kepada saya. Kepada Pergerakan Wanita UMNO dan juga pergerakan wanita parti-parti komponen BN, saya ucapkan berbanyak terima kasih.

Ini adalah tahun ke-31 saya menjadi ahli UMNO. Mereka adalah keluarga saya. Bersama-sama mereka dan Wanita BN, kita jadi satu power force yang memperjuangkan rakyat.

Apakah Datuk Seri beranggapan tidak ada pihak yang membantu berhubung desakan meletakkan jawatan?

Saya rasa ini adalah masa yang terbaik untuk saya undur diri. Saya rasa akan ada berkat. Dalam perjuangan, kita mesti jelas apa tujuan dan apa perkhidmatan yang kita buat kepada negara. Saya rasa amat selesa untuk undur diri apabila tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara nanti.

Saya rasa gembira kerana sepanjang 10 tahun dalam kementerian, kita sempat membawa beberapa perubahan terutama untuk kumpulan sasar iaitu wanita, keluarga, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, isu-isu kebajikan serta pembangunan masyarakat dan warga emas.

Perubahan utama yang kita buat adalah dengan pindaan Perlembagaan iaitu kita dapat kelulusan Kabinet dalam menentukan tidak boleh lagi ada diskriminasi terhadap wanita. Oleh kerana saya akan berundur pada 8 April, dalam masa dua hingga tiga minggu ini, saya akan jalankan tugas-tugas terutama dalam menentukan Akta Pekerja Sosial yang diperjuangkan kementerian menjadi kenyataan. Saya harap ia akan menjadi warisan saya terutama dalam bidang kebajikan.

Apakah ini (letak jawatan) atas kenyataan dan desakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini?

Tidak. Tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rakan jemaah menteri. Ini kerana semasa saya menjalankan tugas sebagai menteri, saya mendapat kerjasama yang begitu baik daripada semua.

Terima kasih juga kepada warga kementerian. Saya rasa bertuah dan bahagia dalam melaksanakan perkhidmatan terutama kepada golongan miskin, warga emas dan OKU. Mereka membawa keinsafan terhadap hidup saya. Juga kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Saya harap semua akan terus memberi kerjasama kepada kementerian.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.