saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/03/2012

Cabaran penerbit muda


BARISAN penerbit dan wartawan muda yang menggerakkan mobTV.


MEMANG bukan mudah untuk mana-mana penerbit menyediakan kandungan terbaik bagi memastikan program terbitan mereka diterima. Apatah lagi jika ia melibatkan isu politik dan semasa yang sering kali dipandang enteng oleh golongan muda hari ini.

Pada mereka, isu seperti itu terlalu berat untuk ditelan dan dihadam dengan cepat jika hendak dibandingkan dengan program hiburan yang lebih menarik untuk ditonton.

Biarpun begitu, bagi penerbit di mobTV, tidak melihat tanggungjawab dan tugas mereka sebagai satu bebanan yang tidak mampu dipikul dengan baik.

Sebaliknya mereka menganggap semua itu sebagai satu cabaran untuk memastikan matlamat dan sasaran tercapai dalam mengubah pandangan orang muda.

Salah seorang penerbit perintis mobTV, Ahmad Fazlan Shah Abd. Rahman mengakui tugasnya di stesen televisyen Internet percuma itu bukan sesuatu yang mudah.

Namun menyedari tanggungjawabnya untuk masyarakat, dia mencuba sedaya-upaya mendekatkan diri dengan golongan media menerusi program terbitannya.

Tidak hanya bertindak sebagai penerbit, ada ketikanya, pemuda berusia 31 tahun ini juga turun padang sebagai wartawan penyiaran dan moderator untuk program kendaliannya.

"Memang tidak dinafikan, program hiburan dilihat cukup dekat dengan golongan remaja dan media kerana mereka senang serta sentiasa mahu berhibur.

"Jadi sebagai saluran yang hanya memaparkan isu politik dan semasa, saya perlu merangka strategi terbaik bagi memastikan golongan ini mudah tertarik dengan kandungan yang disediakan.

"Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk 'melembutkan' sesuatu isu agar mudah menarik perhatian remaja dan belia. Untuk itu, saya harus memastikan soalan, perkataan dan cara penyampaian itu harus dekat dengan mereka.

"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan respons positif yang diterima menerusi akaun mobTV di Facebook. Rata-rata dapat menerima cara pendekatan program kami. Sudah pasti itu satu perkhabaran yang cukup menggembirakan," kata bapa kepada dua orang cahaya mata itu dalam nada optimis.

Menyambung bicara, Ahmad Fazlan Shah memberitahu, walaupun diberi kebebasan untuk menghasilkan program sendiri, dia tetap berpegang kepada etika kewartawanan dalam menyebarkan berita.

Tidak mahu menjadi berat sebelah, ketelusan dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak itu amat penting bagi memastikan masyarakat tahu keadaan sebenar.

"Untuk itu, kami tidak akan sesekali menyiarkan berita dari satu pihak sahaja kerana tidak mahu menyumbang ke arah fitnah. mobTV akan berlaku adil dengan mengambil pandangan dari dua pihak agar ia telus dan seimbang.

"Sebagai seorang yang bermula dari awal di mobTV, saya melihat saluran ini mampu pergi jauh dan menjadi perintis kepada stesen televisyen internet yang lain dalam menjadi penyebar berita yang adil," jelas graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara dalam bidang kewartawanan itu panjang lebar.

Pandangan Ahmad Fazlan Shah itu turut dipersetujui oleh teman seperjuangannya, Siti Nur Atiqah Abdul Rahman yang berpendapat remaja hari ini semakin terbuka dalam menerima sebarang berita.

Waima berita tentang politik sekali pun kata Siti Nur Atiqah, keghairahan dan keinginan remaja serta belia untuk mengambil tahu memang cukup kuat.

Lalu sebagai penerbit, dia akan sentiasa mencuba yang terbaik dalam menyediakan kandungan yang relevan kepada golongan itu untuk memanfaatkan sebaik mungkin.

"Mungkin ada yang beranggapan mobTV menjurus ke arah politik semata-mata tetapi pandangan itu tidak tepat. Di mobTV, kami mengutamakan kehendak remaja yang mencari bahan alternatif untuk keperluan mereka.

"Dalam segmen What Say Youth misalnya, kami memaparkan kisah atau permasalahan yang sering melanda golongan remaja hari ini yang mungkin mereka sendiri tidak tahu.

"Begitu juga dengan minat mereka terhadap sesuatu perkara yang menjadi bahan paparan kami dalam mobTV," kata graduan Institut Integratif Media Malaysia dalam bidang kewartawanan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.