saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/03/2012

Nama Bukit Gasing bakal jadi Bukit Kerinchi?

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bercadang untuk menukar nama Bukit Gasing di Lembah Pantai kepada Bukit Kerinchi bagi mengelakkan kekeliruan antara sempadan sebelah Petaling Jaya, Selangor.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pertukaran nama itu juga bagi mengenang jasa dan perjuangan penduduk asal yang mula-mula membuka penempatan di situ.

“Saya sudah meminta pegawai undang-undang untuk mengkaji mengenai perkara tersebut. Kalau diikutkan perkara ini boleh dilakukan tapi kena kaji.

“Ini kerana pertukaran nama perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian program Alam Flora Echo-EDU Leadership Camp Green Lung Legacy di Bukit Gasing, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Pada program yang turut disertai oleh pelajar sekolah itu, sebanyak 100 pokok hutan dari jenis Meranti Tembaga ditanam di kawasan tersebut.

Sementara itu, Raja Nong Chik turut mengulas mengenai kira-kira 52 hektar tanah milik kerajaan di kawasan terbabit yang sebelum ini diminta agar diwartakan sebagai hutan simpan.

“Tanah itu sedang melalui proses untuk diwartakan dan kerajaan juga tidak berniat untuk memajukan kawasan terbabit. Proses ini dijangkakan dapat siap pada tahun depan.

“Bagi tanah milik pemaju pula kerajaan tidak dapat menghalang mereka daripada melakukan pembangunan tetapi haruslah mengikut pelan yang di tetapkan oleh DBKL,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.