saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 13/03/2012

Mendidik budi bahasa dan budi pekerti


Semua orang mampu berbudi dan berjasa kepada masyarakat mengikut kemampuan masing-masing.


DALAM sejarah tamadun Islam, budi bahasa dan budi pekerti sangat dipentingkan dalam pendidikan sejak seseorang itu masih kecil lagi. Budi bahasa meliputi percakapan, bicara dan kata-kata. Manakala budi pekerti merangkumi kelakuan, perbuatan dan juga tingkah laku yang juga dikenali sebagai akhlak.

Apabila perkataan budi dan bahasa dicantumkan biasanya ia menjadi berbudi bahasa bukan berbudi dan berbahasa. Berbudi bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai percakapan yang baik, teliti dan elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab, bersopan santun, sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang mulia.

Dalam Islam, akhlak mulia sangat dipentingkan dalam kehidupan sehari-hari. Pendidikan berakhlak mulia dimulakan sejak seseorang itu masih kecil hinggalah dewasa. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya." (riwayat ar-Ridha).

Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Hal ini, disebabkan budi itu amat luas bidangnya. Ia termasuk berbudi dengan harta, membantu dengan tulang empat kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang baik dan bernas, memberi tunjuk ajar kepada seseorang, bermanis muka, bersimpati dan menggunakan bahasa yang baik yang menyenangkan orang lain atau pendengar.

Disebabkan luasnya bidang budi ini, semua orang boleh berbudi atau berjasa dan berbakti kepada masyarakatnya mengikut kemampuan masing-masing. Jika seseorang itu tidak mempunyai wang dan harta, dia boleh melakukannya dengan tenaga, buah fikiran, dan nasihat yang disampaikan.

Oleh itu, bahasa juga dikira sebagai sebahagian daripada budi atau budi pekerti yang mulia atau akhlak yang terpuji. Dalam hal ini Nabi SAW menyarankan dalam sabdanya yang bermaksud: "Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar." (riwayat ath-Thahawi).

Manakala, berbudi pekerti adalah meliputi kelakuan yang baik dan bersopan. Berbudi bahasa dan berbudi pekerti yang baik seelok-eloknya biarlah seiring dan dilakukan dalam kehidupan seharian. Orang yang berbudi bahasa biasanya akan mempamerkan budi pekerti yang baik.

Kebaikan berbudi bahasa dan berbudi pekerti akan mendapat balasan daripada Allah SWT atas perbuatan baik mereka. Ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila dua orang Muslim saling berjumpa lalu berjabat tangan dan mengucap Alhamdulillah dan beristighfar, maka Allah 'azza wajalla mengampuni mereka." (riwayat Abu Daud).

Masyarakat Melayu dan juga masyarakat Islam begitu menghargai dan menjunjung tinggi budi. Budi itu diibaratkan sebagai sendi bangsa. Jika budi itu runtuh, maka runtuhlah bangsa itu. Berbudi bahasa dan berbudi pekerti adalah suatu ibadah yang patut dilakukan dalam kehidupan kita.

Lantaran itu, berbudi dan berbahasa disebut sebagai berbudi bahasa. Orang yang memiliki sifat ini dikenali sebagai budiman. Mereka ini dianggap memiliki peribadi sempurna, luhur dan sopan. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW adalah contoh teladan yang memiliki sifat-sifat ini.

Justeru, dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku kesayangan Allah (dan tidak congkak) iaitu sombong atau bongkak. Aku membawa panji "pujian" pada hari kiamat, di bawahnya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak congkak). Aku yang pertama memberi syafaat dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak congkak). Aku yang pertama menggerakkan pintu syurga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkan-Nya bersama orang-orang beriman yang fakir (dan tidak congkak). Dan Akulah paling mulia dari kalangan terdahulu dan terkebelakang di sisi Allah (dan tidak congkak)." (riwayat At Tirmizi).

Diriwayatkan: "Anas r.a., pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata, "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW 10 tahun lamanya, dan belum pernah baginda mengeluh "Ah" terhadapku dan belum pernah baginda menegur, "Kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini." (riwayat Ahmad).

Begitulah tinggi dan terpujinya budi bahasa dan budi pekerti serta akhlak Nabi SAW yang sewajarnya dijadikan teladan kepada kita semua. Berbudi bahasa dan berbudi pekerti yang baik merupakan puncak kebaikan dan puncak keindahan dalam kehidupan ini. Tiada yang lebih bererti dan berharga selain berbudi bahasa dan berbudi pekerti yang baik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.