saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/03/2012

DRB-Hicom umum pengurusan baru Proton 2 minggu lagi

14/03/2012 4:39pm

SHAH ALAM 14 Mac DRB-Hicom Bhd akan mengumumkan pasukan pengurusan baru Proton Holdings Bhd, pengeluar kereta nasional, dalam masa dua minggu lagi, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Mohd Khamil Jamil hari ini.

"Akan terdapat penambahbaikan kepada pengurusan. Mungkin terdapat muka baru, saya tidak menolak kemungkinan itu dan mungkin orang lama.

"Sentiasa terdapat campuran yang lama dan baru (muka) untuk kesinambungan serta bagi menyediakan idea dan bakat baru, kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa DRB-Hicom bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi 42.74 peratus pembelian pegangan dalam Proton Holdings Bhd.

Mohd Khamil berkata, DRB-Hicom mempunyai beberapa proses seperti jawatankuasa pencalonan dan jawatankuasa ganjaran bagi pelantikan ini.

"Pada masa ini, saya masih belum mengemukakan kepada Lembaga Pengarah DRB-Hicom calon-calon yang akan atau mungkin menerajui atau membantu dalam menerajui Proton. Saya menunggu EGM ini selesai.

"Sekarang ini, setelah pemegang saham bersetuju dengan rancangan kami dan mereka meluluskan pemerolehan Proton, saya telah mempunyai idea siapa yang akan ke sana, kata Mohd Khamil. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.