saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/03/2012

Pengerusi PBPM nafi kenyataan Yayasan Pengaman Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Mac - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) menafikan kenyataan Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) kononnya pertubuhan baru itu berfungsi untuk mengetengahkan masalah pesara atau bekas anggota polis.

Pengerusi PBPM, Abd. Ghani Pilus berkata, selama ini isu kebajikan dan permasalahan pesara atau bekas anggota polis adalah di bawah jagaan dan tanggungjawab PBPM.

Katanya, kenyataan Timbalan Pengerusi Pengaman, Tan Sri Norian Mai semalam boleh menimbulkan kekeliruan kepada pesara atau bekas polis dan khuatir akan timbul masalah pada masa akan datang.

"Kami bukan mahu mencari gaduh. Kami cuma mahu membetulkan kenyataan yang telah dibuat oleh Norian kerana selama ini hanya PBPM merupakan persatuan yang menjadi rujukan pesara serta bekas polis. Kami khuatir akan wujud kekeliruan kelak.

"Kami menghormati beliau yang pernah menaungi kami sewaktu dalam perkhidmatan, tetapi perlu dijelaskan, selama ini, PBPM yang menjadi medium kepada pesara atau bekas polis untuk mengetengahkan permasalahan kepada kerajaan, bukannya Pengaman yang baru ditubuhkan itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Norian yang menyifatkan penubuhan Pengaman pada Mei lalu berfungsi sebagai medium untuk mengetengahkan masalah pesara atau bekas anggota polis kepada kerajaan dan tidak mengambil-alih fungsi persatuan polis sedia ada.

Norian yang merupakan bekas Ketua Polis Negara juga berharap, Pengaman dapat diterima sebagai mewakili persatuan tersebut demi membela nasib pesara polis.

Dalam pada itu, Abd. Ghani berkata, pihaknya tidak menolak sebarang usaha untuk mewujudkan gabungan persatuan bekas polis yang menyatukan persatuan-persatuan tersebut di negara ini sekiranya ia memberi manfaat.

"Setakat ini, PBPM merupakan persatuan dengan jumlah keahlian terbesar iaitu lebih daripada 100,000 ahli. Ada dua, tiga lagi persatuan, tetapi ahli yang dimiliki sekitar 200 hingga 400 sahaja dan Pengaman pula tidak diambil kira sebagai persatuan kerana didaftarkan di bawah Akta Syarikat bukannya Akta Pertubuhan.

"Kami tidak menolak sekiranya ada usaha untuk mewujudkan sebuah pertubuhan yang menggabungkan semua persatuan bekas polis di Malaysia, tetapi perlulah dibincangkan dengan teliti. Buat masa ini, PBPM merupakan persatuan terbesar dan telah diiktiraf oleh Kementerian Dalam Negeri," jelasnya.

Sementara itu, Abd. Ghani turut menafikan berlaku perpecahan dalam PBPM dan menyifatkannya sebagai usaha pihak tertentu untuk memecahbelahkan persatuan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.