saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/03/2012

Haram bersekongkol pro-Yahudi

KUALA LUMPUR 15 Mac - Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik di negara ini menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi dengan matlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui pemimpin Islam adalah haram.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu juga tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.

Ini kerana menurut beliau, dibimbangi kerjasama serta campur tangan tersebut yang menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah parti itu sanggup mengikut apa sahaja arahan yang diberi, bakal mendatang ancaman kepada keselamatan negara.

"Kita diharuskan bekerjasama dengan Yahudi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi jika kita dominan. Tapi jika ia bermatlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Islam, sehingga kita sanggup akur dengan mereka, ia dengan jelas haram.

"Kita harus tanya serta nilai dengan sendiri jika kumpulan NGO Yahudi ini memberi bantuan sehingga ratusan juta, menyediakan latihan dan mengatur gerak kerja parti, apa prasyarat yang dituntut mereka? Sudah tentu mereka harap sesuatu daripada bantuan itu.

"Dibimbangi prasyarat yang ditetapkan itu mengancam keselamatan negara. Yahudi ini tidak pernah ikhlas dengan Islam, sebab itu Nabi Muhammad SAW sendiri cukup berhati-hati dengan bantuan Yahudi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjalin kerjasama dengan NGO asing pro-Yahudi, Konrad Adeneur Foundation (KAF).

Dua hari sebelum itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mendedahkan, kemenangan besar pembangkang pada 2008 adalah disebabkan rancangan besar agensi perisikan antarabangsa selepas Anwar sendiri memohon campur tangan.

Menurutnya segala gerak kerja, propaganda, slogan dan serangan politik pembangkang ditentukan NGO asing pro-Yahudi iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF), National Endownment for Democracy (NED), Institut Demokrasi Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI).

Dalam pada itu, Fathul Bari berkata, setiap parti politik perlu menggunakan cara berhemah dalam meraih sokongan rakyat dan bukannya mengharap bantuan asing sehingga akhirnya terperangkap, kerana golongan tersebut tidak pernah senang melihat keamanan Malaysia.

"Setiap parti perlu meletak kepercayaan kepada rakyat untuk memilih, justeru mereka perlu menampilkan calon-calon yang mampu membangkitkan keyakinan rakyat, tidak perlu kita mengikut corak yang ditentukan pihak asing kerana mereka belum tentu ikhlas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.