saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/03/2012

Reka bentuk automotif jana kewangan UniSZA

KUALA TERENGGANU 15 Mac - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjangkakan bidang reka bentuk perindustrian, terutamanya dalam sektor automotif bakal menjadi salah satu sumber untuk menjana kewangan kepada universiti itu tidak lama lagi.

Naib Canselor UniSZA, Datuk Prof. Dr. Alias Daud (gambar) berkata, ia ekoran perkembangan positif Fakulti Reka Bentuk, Inovatif dan Teknologi (FRIT) universiti itu yang melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang tersebut.

Beliau percaya, melalui penyertaan pelajar-pelajar universiti itu dalam pertandingan yang dianjurkan pelbagai pihak mampu memberi pendedahan dan pengalaman buat mereka selain boleh menonjolkan bakat dan kemahiran yang ada.

"Kita yakin dengan kehebatan pelajar dalam bidang ini membolehkan kepakaran dan hasil kreativiti dapat dikongsi antara universiti dan pihak industri di mana kedua-duanya akan mendapat faedah dan kepentingan masing-masing," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah dan penghargaan kepada pensyarah dan dan pelajar-pelajar universiti itu yang telah memenangi Pertandingan Reka Bentuk NST-Peugeot 2011 minggu lalu di sini hari ini.

Dalam pertandingan yang bertemakan Mereka Bentuk Kereta Peugeot Yang Tepat Untuk Pasaran Asia Tenggara Bagi Pasaran 2018 itu, tiga pasukan daripada UniSZA mara ke peringkat akhir di mana salah satu pasukan universiti itu berjaya menggondol juara menewaskan 150 pasukan lain di seluruh negara.

Kejayaan itu membolehkan pasukan yang dianggotai oleh Muhammad Afiq Yahyaawal, 21, dan Hamizah Johan, 21, bersama mentornya, Mohd. Firoz Ahmat Basri merangkul hadiah berupa wang tunai RM1,000 setiap orang dan berpeluang melawat ke Paris, Pusat Reka Bentuk Peugeot, Velizy, Perancis serta mengikuti internship di Naza R&D selama tiga bulan.

Selain itu, satu lagi pasukan dari universiti yang sama memenangi tempat ketiga dan berjaya membawa pulang wang tunai RM250 setiap orang serta berpeluang mengikuti internship di Naza R&D selama tiga bulan manakala yang lain memenangi hadiah saguhati.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penglibatan pelajar dalam pertandingan seumpama itu mampu menjadi tanda aras bagi fakulti-fakulti lain sebagai langkah awal untuk melakukan perkara yang sama.

Katanya, dengan penyertaan seumpama ini, sekali gus membolehkan UniSZA mencapai hasrat kerajaan untuk melihat institut pengajian tinggi awam menjana pendapatan sendiri bagi menampung 30 peratus kos operasi masing-masing.

Jelasnya, buat masa ini, UniSZA hanya mampu menjana 10 peratus pendapatan sumber dalaman apabila masih memerlukan 90 peratus bantuan kerajaan dalam membangunkan universiti itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.