saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/03/2012

Nahas terburuk KL-Karak




SEHINGGA kini, ia disifatkan sebagai kemalangan terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah lebuh raya di Malaysia.

Ibarat sebuah ‘medan pertempuran’ - itulah gambaran tepat perlanggaran ngeri yang melibatkan 12 buah kenderaan di kilometer 30.9, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada 28 Februari 1990.

Perjalanan lalu-lintas tergendala. Kenderaan berselerak, selain darah mangsa nahas mengalir deras dari kenderaan sehingga melimpah di atas permukaan jalan raya.

Dikatakan malapetaka itu berlaku berpunca daripada brek sebuah bas gagal berfungsi sehingga menyebabkan pemandu bas ekspres Temerloh-Kuala Lumpur terlibat gagal mengawalnya.

Akibatnya, bas malang itu merempuh satu daripada lima buah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menyertai latihan di Kuala Terengganu.

Paling memilukan trak kenderaan memerintah (command vehicle) yang dinaiki 22 anggota FRU itu bukan sahaja terperosok ke dalam bas, malah turut dihentam di bahagian badannya oleh lori tangki minyak yang cuba mengelak perlanggaran tersebut.

Ia sekali gus menyebabkan trak FRU tersepit di tengah-tengah antara bas dan lori tangki mengorbankan 11 nyawa anggota FRU serta empat nyawa orang awam.

Wartawan S2, ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar IZHAM JAAFAR dan MOHD. NAIM AZIZ menjengah Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak baru-baru ini untuk membawa pembaca mengimbau kembali detik-detik cemas yang berlaku sebelum dan selepas tragedi tersebut.

Ikuti laporan penuh dalam S2 Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.