saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/03/2012

Bantah satu amah, satu kerja

KUALA LUMPUR 16 Mac - Penetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan sahaja tidak adil malah membebankan majikan.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, penetapan itu juga akan menyebabkan pembaziran tenaga yang serius jika dilaksanakan.

"Kami terkejut dengan keputusan yang tidak masuk akal ini. Adakah majikan perlu menggaji sehingga tiga atau empat amah untuk menjalankan tugas memasak, mengasuh bayi dan mengemas rumah?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman, semalam yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Menurut Reyna, amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini menafikan pernah menyatakan persetujuan itu dan menganggap kenyataan Reyna tersebut adalah tidak berasas.

Engku Fauzi yang terkilan kerana pihaknya tidak dijemput dalam proses membuat penetapan itu juga meminta kerajaan mencari sumber pembantu rumah baru terutama dari Kemboja dan Filipina sekiranya Indonesia terus berkeras dengan keputusan berkenaan.

Jelasnya, kualiti pembantu rumah dari negara-negara Asia Tenggara lain adalah setara dengan republik itu ditambah dengan kelebihan melakukan pelbagai kerja dengan satu gaji.

"Secara logiknya, majikan perlu mempunyai hak untuk bertanya kepada bakal pembantu rumah mereka dahulu berhubung kerja-kerja yang akan dilakukan.

"Sekiranya amah itu bersetuju membuat semua tugasan itu, maka, hanya satu gaji dibayar tetapi jika majikan rela membayar lebih, itu hak mereka," kata beliau.

Perkara sama turut ditekankan Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PAPA), Muhamad Maidin yang meminta kerajaan mendesak Indonesia menarik balik penetapan tersebut.

Katanya, memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara Indonesia dan Malaysia pada Mei tahun lalu perlu dijadikan panduan asas agar polemik sebegini tidak berlaku.

"Adalah tidak adil bagi negara jiran itu mengambil keputusan tersebut dengan mengambil kira hanya satu atau dua kes penderaan dan penganiayaan yang dilaporkan," kata beliau.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.