saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/03/2012

Polis Thailand selamatkan gadis Malaysia yang diculik

19/03/2012 9:02pm

SHAH ALAM 19 Mac - Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata, gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.

Mohd Adnan berkata, dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.

"Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok, katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.

Mohd Adnan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.