saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/03/2012

100 pelajar kaum India akan diberi biasiswa lanjut pelajaran - PM

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kerajaan akan memberi biasiswa tajaan penuh kepada 100 pelajar kaum India yang mencapai keputusan kelas pertama di universiti awam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengumuman itu bagi memenuhi janji yang dibuat beliau kepada pelajar-pelajar India semasa pelancaran Pergerakan Pelajar India 1Malaysia (1MISM) tahun lalu.

"Pada 2011 saya telah mengumumkan lebih banyak peluang pembiayaan akan diberikan kepada pelajar India yang mencapai kelas pertama di universiti awam untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat sarjana dan PhD.

"Bersesuaian dengan pengambilan kursus ijazah sarjana 2012, saya ingin mengumumkan 100 pelajar India terbaik itu akan diberikan biasiswa tajaan penuh," katanya pada majlis pelancaran Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di sini hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 7,000 orang itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah SMC, Datuk Dr. M. Thambirajah.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyerahkan geran pendidikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 75 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di bawah naungan SMC.

Setiap seorang daripada pelajar cemerlang tersebut diberikan bantuan melanjutkan pelajaran berjumlah RM15,000.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, bermula pengambilan 2012/2013, kerajaan akan menawarkan 1,000 tempat baru kepada pelajar India yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke IPTA.

Kata beliau, kerajaan juga bekerjasama dengan 1MDB, SMC dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan 175 geran untuk membantu masyarakat India mendapat pendidikan yang lebih baik.

Najib berkata, semua usaha yang dilaksanakan kerajaan merupakan petunjuk yang jelas keikhlasan kerajaan membantu masyarakat India.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) baru di Taman PJS1 di sini.

Menurutnya, sekolah yang akan dinamakan sebagai SJKT Tan Sri Manikavasagam itu sebagai mengenang jasa pemimpin yang mewakili masyarakat kaum India di negara ini.

"Kerajaan akan membina dua bangunan empat tingkat untuk sebuah sekolah baru di Taman PJS1. Pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.