saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/03/2012

Amah: Majikan lega jaminan PM

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelbagai pihak lega dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berpegang dengan persetujuan sebelum ini berhubung isu gaji amah dari Indonesia.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan bertegas dan tidak melayani tuntutan terbaru yang dikemukakan oleh pihak Indonesia antaranya meminta gaji minimum RM700 sebulan dengan melakukan satu tugasan khusus.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, Malaysia perlu tegas berdepan dengan kerenah Indonesia itu demi menjaga kepentingan rakyat dan pada masa sama mengingatkan negara jiran itu agar mematuhi persefahaman yang telah dicapai.

"Kita melihat Indonesia sengaja mahu mengambil kesempatan daripada permintaan tinggi terhadap tenaga kerja pembantu rumah dari negara itu dengan mengemukakan syarat baru yang lebih menguntungkan mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kemusykilan beliau terhadap tindakan Indonesia menetapkan peraturan baru penghantaran pembantu rumah yang antara lain memperuntukkan mereka hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Kata Najib, peraturan baru yang diumumkan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman itu 'tidak munasabah langsung'.

Pensyarah Ekonomi Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah berkata, tindakan Indonesia itu tidak praktikal dan hanya menguntungkan negara tersebut.

Katanya, jika tuntutan syarat baru Indonesia itu diikuti, ia sudah pasti mendatangkan tekanan kewangan kepada rakyat negara ini yang terpaksa menanggung kos tinggi untuk menggaji pembantu rumah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.