VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 20/03/2012

Berusaha elakkan kemalangan

CADANGAN Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian tidur ke atas pemandu kenderaan perdagangan sebagai sebahagian daripada ujian kesihatan ke arah memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain wajar disambut baik oleh semua pihak, terutamanya Kementerian Pengangkutan.

Ini kerana, ia merupakan satu lagi langkah bijak dan proaktif pihak kementerian untuk mengurangkan masalah peningkatan kemalangan jalan raya, terutama kemalangan maut melibatkan kenderaan besar seperti lori dan bas.

Berdasarkan cadangan, bakal pemandu kenderaan komersial termasuk lori dan bas mungkin diwajibkan menduduki 'ujian tidur' ketika pemeriksaan kesihatan bagi mengesan kemungkinan mereka menghidap penyakit berkaitan masalah tidur sebelum diberikan Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Melalui kaedah ini, pemandu dikehendaki tidur semalaman di wad khas yang dipanggil 'makmal tidur' untuk diperiksa oleh pakar bagi mengesan penyakit mereka sebelum dirawat menerusi kaedah khas menggunakan topeng gas bagi membetulkan sistem pernafasan mereka.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, melalui ujian itu, masalah penyakit tidur yang dihadapi pemandu kenderaan perdagangan seperti lori dan bas dapat dikenal pasti di peringkat awal, sekali gus mampu mengelak kemalangan ketika memandu.

Pihaknya dilaporkan akan berbincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan sama ada hendak memasukkan sleep test (ujian tidur) sebagai satu medical test (ujian perubatan) untuk semua pemandu kenderaan perdagangan selain ujian air kencing yang dilaksanakan ketika ini.

Sewajarnya segala usaha untuk mengurangkan kemalangan dan melindungi pengguna jalan raya wajar disambut baik dan disokong sepenuhnya, apatah lagi jika ia melibatkan kenderaan perdagangan seperti bas yang sering mengorbankan sejumlah penumpang yang besar setiap kali terlibat dengan kemalangan maut terutamanya pada waktu malam.

Walaupun penyakit berkaitan masalah tidur belum boleh dikatakan sebagai punca utama yang menyumbang kepada kemalangan, namun langkah proaktif dan tindakan pencegahan sebegini wajar dipuji dan disambut baik.

Justeru, kita berharap agar kedua-dua kementerian berkaitan dapat bersemuka dan berbincang secara terperinci untuk merealisasikan cadangan baik itu. Ia wajar disegerakan sebelum lebih banyak nyawa tidak berdosa melayang begitu saja angkara kecuaian pemandu.

Ujian tidur itu serta ujian air kencing wajar dilakukan secara berkala dan rutin ke atas semua pemandu kenderaan awam termasuk pemohon lesen baru dan pemandu lama agar keselamatan pemandu itu sendiri, penumpangnya serta pengguna jalan raya lain sentiasa terpelihara.

Walaupun kemalangan mahupun musibah sering dikaitkan dengan takdir dan nasib namun adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sebaik mungkin dalam mengelak sebarang bentuk peluang yang boleh menyumbang kepada musibah terbabit.

Maka dalam menangani isu nasional seperti ini kita amat mengharapkan kerjasama erat antara kementerian, jabatan mahupun agensi yang terlibat agar setiap cadangan dan tindakan penguatkuasaan dapat direalisasikan mengikut perancangan. Demi menyelamatkan nyawa rakyat kita tindakan pencegahan dan penguatkuasaan perlu dilipatgandakan.

Pada masa sama, kita juga berharap agar majikan jika mengetahui status kesihatan pemandu mereka yang menghadapi masalah seperti itu diharap dapat mengambil tindakan pembetulan sewajarnya dengan segera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.