VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 20/03/2012

Perak bangunkan Bandar Kasut Ipoh di Pengkalan

IPOH 19 Mac - Perak akan membangunkan Bandar Kasut Ipoh yang bakal menempatkan kilang dan ruang pameran di Kawasan Perindustrian Pengkalan, di sini tidak lama lagi.

Menelan kos kira-kira RM20 juta, kawasan tersebut akan melibatkan pembangunan kilang dan dewan pameran di atas tanah seluas 10.5 hektar dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, projek itu akan dibangunkan di atas tanah bekas lombong milik kerajaan negeri.

"Ipoh memang terkenal dalam industri pembuatan kasut bermutu, malah ia merupakan yang terbesar di negara ini kerana menyumbang hampir 70 peratus eksport tempatan dengan pulangan sebanyak RM650 juta setahun.

"Terdapat kira-kira 500 pembuat kasut di Ipoh, maka pembangunan projek ini bukan sahaja mampu menjadi pusat sehenti bagi penjualan kasut, malah dapat menarik kunjungan pelancong dan pelabur asing selain meningkatkan peluang pekerjaan dan ekonomi di Perak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat bersama Persatuan Industri Kasut Perak yang turut dihadiri Presidennya, Low Heng Keat di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, majlis pecah tanah projek berkenaan bakal diadakan pada pertengahan bulan hadapan sempena meraikan Persatuan Industri Kasut Perak yang kini berusia hampir 100 tahun.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 1913, persatuan itu kini mempunyai lebih 500 keahlian terdiri daripada pemain industri termasuk pembuat, peniaga, pemborong serta pereka kasut.

"Sebenarnya, antara objektif projek ini juga adalah untuk menempatkan 300 pembuat kasut yang tidak berlesen di kawasan berdekatan iaitu di Kampung Baru Bukit Merah dan sekitar Menglembu untuk berpindah ke premis baru," katanya.

Sementara itu, Heng Keat berkata, beliau percaya, melalui penubuhan Bandar Kasut Ipoh, ia dapat melonjak nama bandar raya ini setanding dengan China yang merupakan antara pemain industri dominan di peringkat antarabangsa.

"Dari segi material, China mempunyai kepakarannya tetapi kini mereka berdepan dengan masalah pekerja. Justeru, kita mengalu-alukan mereka sekiranya ingin melabur di sini," katanya.

Industri eksport kasut negara berpotensi untuk dimajukan kerana meraih pulangan kira-kira hampir RM1 bilion setiap tahun dan kebanyakannya dihantar ke Singapura, Brazil, United Kingdom dan Mexico.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.