saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/03/2012

ADUN BN diarah keluar dewan

SHAH ALAM 21 Mac - Datuk Mohd. Isa Kasim (BN-Batang Kali) terpaksa 'membayar harga' kelantangannya mengkritik pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor apabila beliau hari ini diarah keluar daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama dua jam.

Mohd. Isa yang boleh diibaratkan 'peguam bela' BN paling menonjol pada sidang DUN Selangor kali ini menerima amaran daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim yang berulang kali meminta wakil pembangkang itu duduk.

Ini ekoran Mohd. Isa tetap bertegas bangun untuk mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok) mengenai pengurusan kewangan negeri.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab, Abdul Khalid mengeluarkan dakwaan tentang perbelanjaan tidak cermat pentadbiran BN di Selangor sebelum ini termasuk mengenai projek yang sepatutnya bernilai RM20 juta telah menjadi RM40 juta.

Bagaimanapun, Mohd. Isa tidak mengendahkan amaran Chang Khim sehingga Speaker DUN itu menggunakan Perkara 44(2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan bagi mengarahkan wakil rakyat BN itu keluar sidang DUN selama dua jam bermula kira-kira 11.30 pagi ini.

Mohd. Isa dilihat menyertai semula sidang DUN bagi sesi sebelah petang.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media di luar dewan, Mohd. Isa melahirkan rasa kesal kerana keputusan mengarahkan beliau keluar seolah-olah cuba menutup mulutnya daripada bertanya mengenai dakwaan Abdul Khalid itu.

Sedangkan beliau menegaskan, dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar boleh disifatkan sebagai satu sangkaan jahat yang cuba memburuk-burukkan BN bermotif politik.

Malah katanya, Abdul Khalid juga tidak mengemukakan sebarang bukti mengenai dakwaannya itu termasuk jenis projek, syarikat yang dilantik dan sebagainya.

''Kita kesal dengan tindakan Speaker yang seolah-olah cuba 'melindungi' Abdul Khalid daripada menjawab dakwaan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Chang Khim ketika ditemui berkata, tindakannya tidak membenarkan Mohd. Isa mengemukakan soalan tambahan kerana masa yang tidak mencukupi.

''Menteri Besar mempunyai 11 soalan yang perlu dijawab dan sepatutnya diberikan masa yang secukupnya," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.