saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 22/03/2012

Kesan negatif cerita hantu

KISAH seram, misteri, mistik, dan hantu tahyul telah kembali mendapat tempat di pelbagai media elektronik dan penyiarannya telah mendapat respons yang cukup baik oleh masyarakat.

Pelbagai versi dan variasi cerita hantu tahyul, misteri dan mistik ditonton oleh masyarakat Melayu khususnya dan intipati cerita-cerita genre ini sudah sememangnya memberi kesan negatif kepada emosi dan psikologi penonton khususnya kanak-kanak dan kaum wanita.

Penerbit dan pengarah filem atau drama pula cukup pakar dalam mencari elemen-elemen cerita genre ini yang boleh menarik minat penonton daripada hantu melayang atas pokok iaitu pontianak hingga buka botol kicap pun ada hantu, itu belum lagi masuk kisah hantu bawah katil, hantu dalam kereta, hantu atas motor dan hantu mengesot dan mengheret macam hantu Jepun Ju On.

Itu belum cakap pasal bab hantu mengilai dengan suara dan bunyi-bunyian serta hantu memanggil nama-nama orang yang 'digilai hantu', memang naik seram, naik takut dan naik bulu roma menonton cerita-cerita hantu ini.

Tapi sedarkah kita kesan cerita-cerita misteri, mistik, hantu tahyul ini kepada emosi dan psikologi kehidupan kita seharian terutama anak-anak, remaja dan juga kaum wanita termasuk diri saya sendiri yang saya sifatkan sebagai penakut kerana selalu membaca buku cerita hantu dan menonton cerita-cerita hantu sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja saya.

Banyak senario yang menganggu kehidupan kita kesan ketakutan dan kelemahan emosi dan psikologi kesan tontonan cerita-cerita begini, antaranya:

n Hendak berjalan seorang-seorang waktu hampir gelap atau malam rasa takut terutamanya di kawasan kampung yang banyak pokok dan belukar kerana takut hantu pocong, pontianak dan hantu raya memanggil dari semak samun.

n Hendak buka botol kicap atau jumpa mana-mana botol, takut nak buka dek takut terbuka botol yang ada hantu tinggal di dalam botol.

nHendak ke bilik air asrama bersendirian waktu malam rasa takut sebab bimbangkan di cermin nampak hantu rambut panjang mengerbang dan juga takut ada hantu mengesot datang dekat.

n Hendak tidur seorang-seorang takut sebab takut ada hantu baring di sebelah dengan muka penuh darah dan ulat-ulat.

n Hendak tinggal rumah seorang lagi takut kerana takut dengar macam-macam bunyi terutama di bilik air dan bilik tidur, takut hantu bersembunyi dalam almari.

n Memandu kereta atau motosikal waktu malam seorang-seorang lagi menyeramkan apabila lalu kawasan gelap dan siap berkabus lagi, takut ada hantu bonceng dan hantu tumpang kereta dan boleh nampak dari cermin kereta. Boleh kemalangan jadinya.

n Hendak bertegur dengan orang tua atau mana-mana orang yang jalan seorang-seorang dan tahan kereta kita waktu malam pun takut kerana fikir "mana ada orang jalan seorang malam-malam, ini mesti hantu" padahal orang itu mungkin perlu sangat pertolongan kita.

n Bila bau wangi pada waktu malam atau lalu di kawasan tertentu, memang cabut lari pucat lesi kerana fikir hantu lalu sebab bau wangi.

Itu antara senario-senario yang dihadapi sebahagian besar kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa terutama wanita yang termasuk dalam golongan 'lemah semangat' dan 'lemah lutut' bila bercakap soal hantu dan yang seangkatannya.

Walaupun kita tidak boleh mengatakan kelemahan emosi dan psikologi dari aspek ketakutan dan lemah semangat ini hanya disebabkan oleh kesan cerita hantu tahyul ini tetapi ia sekurang-kurangnya menyumbang kepada keadaan tersebut.

Jadi kepada ibu bapa, awasi anak-anak yang menonton, bagi kaum wanita yang lemah semangat macam saya, elakkan menonton secara kerap dan bagi anak-anak remaja pula yang hendak menonton, ajak kawan-kawan dan bincangkan balik cerita yang ditonton itu dengan lebih praktikal.

Prof. Madya Dr. Rusinah Siron

Kolej Pengajian Siswazah

UNITEN, Kampus Putrajaya

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.