saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/03/2012

Di sebalik Rundingan Damai Hat Yai




USAHA menamatkan ancaman pengganas komunis menyaksikan beberapa siri rundingan diadakan. Pertama, Rundingan Damai Baling pada tahun 1955 yang berakhir dengan kegagalan.

Walaupun darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960, pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) belum dapat dihapuskan sepenuhnya.

Saki-baki anggota komunis itu dikatakan berundur ke sempadan Malaysia–Thailand untuk mengumpul kekuatan bagi melancarkan semula pemberontakan bersenjata dengan matlamat yang sama - menumbangkan kerajaan dan menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu.

Pemberontakan bersenjata yang dilancarkan semula itu telah mencetuskan darurat kedua di Malaysia pada tahun 1968 hingga 1978.

Pada tahun 80-an, ancaman komunis mula reda selari dengan perkembangan pesat pembangunan negara serta langkah-langkah pencegahan berkesan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada 1989, PKM meletak senjata dan mula keluar dari hutan di sempadan Thailand selepas setuju menandatangani perjanjian damai dikenali Rundingan Damai Hat Yai di Hat Yai, Thailand.

Segala kekuatan dan strategi yang digunakan kerajaan sehingga membawa kepada perdamaian antara kedua-dua pihak mula dipuji dan diperkatakan rakyat.

Namun, tidak ramai sedar peranan pihak-pihak di sebalik tabir atau ejen-ejen rahsia yang telah merintis usaha sehingga membolehkan perjanjian bersejarah itu menjadi realiti sekali gus membuka lebaran baru kepada negara.

Nama Mokhtar Mahmud Baginda sebagai contoh, amat asing dalam perjalanan sejarah negara namun, jika membaca buku yang ditulis oleh pemimpin kanan PKM, Abdullah CD dan Rashid Maidin, nama lelaki itu disebut berulang kali.

Ia memberi gambaran bahawa nama itu telah memainkan peranan cukup besar dalam merealisasikan rundingan di Hat Yai sehingga PKM meletakkan senjata.

Atas faktor itu mendorong wartawan S2, NORAZRIN MARZUKI serta jurugambar, SAFRIZAL AZMI dan IMRAN ISHAK menjejaki dan menyingkap siapa Mokhtar Mahmud Baginda di sebalik kejayaan melembutkan kepercayaan ahli PKM yang begitu taksub dengan perjuangan berpaksikan keganasan untuk kembali ke meja rundingan, sekali gus memeterai perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Hotel Lee Garden, Hat Yai pada 2 Disember 1989.

Ikuti laporan penuh dalam S2 Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.