saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/03/2012

UMNO, Pemenang desak pulang tapak masjid

PULAU PINANG 23 Mac - Badan Perhubungan UMNO negeri mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengembalikan tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya kesal dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi pertimbangan sewajarnya terhadap keperluan umat Islam di negeri ini sebelum membuat keputusan menjual tapak itu kepada pemaju swasta.

"Kita sedia maklum bahawa cadangan pembangunan yang dikemukakan syarikat pemaju tidak mempunyai pelan masjid dan sekarang terpulang kepada mereka sama ada mahu membinanya atau tidak.

"UMNO negeri mahu ia dikembalikan kepada tapak asal. Ini kerana ia merupakan keperluan beribadat umat Islam di kawasan itu yang perlu diberi perhatian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin yang menyifatkan Guan Eng sebagai bongkak dan biadab kerana tergamak menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pemaju.

Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah berkenaan.

Tanah tersebut kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Zainal Abidin berkata, penjualan tersebut secara terang-terangan telah menghapuskan tapak masjid yang wujud sebelum ini.

"Bagaimanapun kami boleh menerima sekiranya beliau menggantikan tapak masjid dengan keluasan sama di tanah milik Perbadanan Pulau Pinang (PDC) yang dijual sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, beliau menghantar surat rasmi kepada Guan Eng bagi meminta penjelasannya berhubung perkara tersebut.

"Surat akan dihantar hari ini dan Pemenang mahukan jawapan daripada beliau berhubung perkara ini.

"Selepas mendapat jawapan dan jika terbukti ia adalah benar, kita akan fikirkan tindakan selanjutnya," katanya yang juga Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.