saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/03/2012

Polis tiang seri negara bangsa


Sebahagian anggota-anggota polis ceria ketika menyertai Sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 24 Mac – Tanggungjawab dan peranan yang dipikul oleh lebih 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tonggak utama kepada pembangunan negara bangsa yang berjaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berbekalkan semangat esprit de coupe yang diterapkan, warga PDRM harus berikrar untuk memikul dan mempertahankan tanggungjawab itu.

“Marilah kita berikrar setinggi-tinggi dan berjanji untuk terus memperkukuhkan tekad kita sebagai tiang seri pembangunan sebuah negara bangsa.

“Permulaan ini juga harus dijadikan fasa untuk kita berada lebih dekat di hati rakyat dan menjaga keamanan sejagat,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Datuk Lee Chee Leong; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin.

Sementara itu, lebih 7,000 warga kota malam ini terpukau dengan pertunjukan khas yang diadakan sempena sambutan itu yang pertama kali diadakan pada sebelah malam dan terbuka kepada masyarakat di Dataran Merdeka.

Orang ramai mula memenuhi gerai-gerai pameran sejak ia dibuka pada sebelah pagi sambil menyaksikan pertunjukan oleh pelbagai unit dalam pasukan itu.

Ruang Dataran Merdeka dan laluan ke kawasan itu mulai sesak menjelang malam apabila orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perbarisan Hari Polis serta pelbagai pertunjukan.

Antara pertunjukan yang memukau pengunjung adalah payung terjun, aksi tempur oleh 69 Komando, akrobatik bermotosikal dan aksi Unit Tindakan Khas (UTK) ketika bertempur dengan penyerang hendap.

Sambutan tersebut sampai ke kemuncak pada pukul 12 tengah malam dengan sambutan Hari Polis Ke-205 dirasmikan oleh Hishammuddin serta pengenalan maskot harimau biru sebagai penjenamaan semula pasukan PDRM.

Pada sambutan itu, PDRM turut menganugerahkan pangkat Asisten Komisioner Kehormat kepada penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

Selain beliau, penganalisis jenayah tanah air, Kamal Affandi Hashim menerima anugerah Asisten Supritendan Kehormat, manakala Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menerima anugerah Rakan Polis.

Sementara itu, Ismail dalam ucapannya berkata, PDRM memilih ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ sebagai tema sambutan Hari Polis Ke-205 kali ini.

“Tema ini boleh dianggap sebagai satu ikrar untuk kita memperbaharui iltizam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelbagai lapisan masyarakat secara cekap dan berkesan.

“Khidmat ini akan diteruskan sehingga rakyat berpuas hati dengan segala tindak-tanduk kita dalam menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka,” kata Ismail.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.