saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/03/2012

Ahmad Shabery dihalang ke program BN di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM 25 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui terkejut dengan tindakan penyokong pembangkang yang menghalang beliau daripada menghadiri program Gelombang Biru anjuran Barisan Nasional (BN) di Politeknik Seberang Perai (PSP), kelmarin.

Menurut beliau, tindakan itu mungkin diambil oleh penyokong pembangkang yang berasa terancam kerana BN mengadakan program di kubu kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

"Saya pun hampir-hampir tidak hadir selepas dinasihati tetapi Alhamdulillah semuanya selamat. Saya rasa dia (Anwar) mula berasa kedudukannya semakin terancam. Dia rasa akan kalah di tempat sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Gelombang Biru Pilihan Raya Umum Ke-13 peringkat Parlimen Permatang Pauh, di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Ahmad Shabery yang hadir untuk merasmikan program Gelombang Biru di PSP dihalang memasuki pekarangan premis tersebut oleh sekumpulan ahli pembangkang.

Kira-kira 100 ahli kumpulan tersebut kebanyakannya daripada Pas berdiri di depan pintu utama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu sambil memegang sepanduk bagi menghalang kenderaan yang mahu masuk.

Difahamkan penyokong pembangkang itu tidak berpuas hati kerana program BN tersebut diadakan di IPTA.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery berjaya menghadiri program itu hasil kecekapan pemandu peribadinya menggunakan laluan masuk yang lain.

Terdahulu, pihak pengurusan PSP terpaksa menutup pintu pagar bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini selepas keadaan dilihat semakin 'panas'.

Keadaan kecoh itu akhirnya dapat dikawal dan dipulihkan selepas campur tangan polis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.