saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 26/03/2012

Kontrak Popovic berakhir 1 April

IPOH - Karier bekas penyerang remaja Serbia, Lazar Popovic bersama Perak akan berakhir pada 1 April ini setelah pemain itu gagal menemui sentuhan gol dalam 10 saingan Liga Super.

Penyerang berusia 28 tahun itu juga gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan Piala FA yang dilalui skuad Seladang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihaknya telah menyerahkan notis penamatan kontrak kepada Popovic, baru-baru ini.

Sebelum ini, Pafa mengeluarkan dua notis amaran awal kepada Popovic apabila penyerang itu gagal menjaringkan sebarang gol.

"Popovic diminta terus beraksi dalam perlawanan dengan Kedah di Stadium Darulaman pada 30 Mac ini.

"Pafa berharap Popovic dapat memberi khidmat terakhirnya dalam perlawanan tersebut.

"Saya percaya Popovic selaku pemain profesional akan memahami tindakan Pafa menamatkan kontraknya lebih awal," kata di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Perak sedang menguji empat pemain dari Afrika bagi mengisi kekosongan Popovic.

Keempat-empat pemain tersebut dari Cameroon, Ghana, Zambia dan Liberia telah menjalani ujian pemilihan di Ipoh sejak minggu lalu.

Mereka diturunkan dalam dua perlawanan persahabatan menentang Pahang dan ATM pada Khamis dan Jumaat lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.