DALAM NEGERI
ARKIB : 26/03/2012
'Tolong pulangkan Fatin'

ALOR SETAR 25 Mac - Kisah sedih remaja lari dari rumah yang kini semakin menjadi-jadi turut menimpa pasangan suami isteri, Ishak Abdullah, 61, dan Hajerah Ahmad yang kehilangan anak perempuan mereka sejak 8 Oktober tahun lalu.
Siti Ruzaida, 18, melarikan diri dari rumah pada awal pagi hari kejadian ketika semua anggota keluarga sedang tidur di rumah mereka di Anak Bukit dekat sini untuk mengikut teman lelakinya yang dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Apa yang menyedihkan, berikutan tindakan itu, remaja terbabit tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November lalu.
Menurut Hajerah, 52, kehilangan Siti Ruzaida yang mesra dengan panggilan Fatin itu disedarinya kira-kira pukul 6 pagi apabila remaja terbabit didapati tiada di bilik tidurnya.
"Saya percaya Fatin dibantu teman lelakinya untuk melarikan diri kerana dia keluar dari rumah melalui tingkap yang dijeriji dan dikunci dengan mangga namun berjaya dibuka juga," katanya ketika ditemui di rumah mereka hari ini.
Menurut Hajerah, sejak melarikan diri, Fatin yang merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik pernah beberapa kali menelefonnya merayu keluarga mengambilnya pulang ke rumah.
"Kali terakhir dia hubungi saya pada pertengahan Januari lepas, Fatin beritahu dia berada di Kuala Lumpur tetapi tidak tahu lokasi sebenar. Itu kali terakhir saya mendengar suaranya.
"Kami juga pernah mendapat maklumat Fatin berada di sebuah flat di Damansara Damai, Selangor dan bergegas ke situ tetapi kemudian mendapati rumah itu kosong," ujarnya lagi.
Apa yang membimbangkan Hajerah, hasil perbualan dengan anak kesayangannya itu dia dapat menghidu kesusahan yang terpaksa ditanggungnya.
"Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh lelaki ini, tetapi saya ingin sangat merayu kepadanya, tolong pulangkan Fatin kepada kami. Kami sekeluarga sangat merinduinya kerana dialah penghibur dalam rumah ini.
"Sejak kehilangannya, kami sekeluarga buntu dan resah. Saya percaya Fatin juga ingin pulang kerana itulah yang dirayunya ketika menelefon saya," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Ishak yang merupakan pesara polis berkata, Fatin merupakan seorang remaja periang, rapat dengan keluarga dan sentiasa mendengar cakap sebelum mengenali dengan teman lelakinya pada Ramadan tahun lepas.
"Kami memang tidak sedap hati apabila mengetahui Fatin berkawan dengan lelaki ini yang juga merupakan abang kepada rakan sekolahnya. Kami pernah meminta bantuan daripada keluarga lelaki ini yang menetap di Jitra, tetapi tidak mendapat kerjasama," katanya.
Ishak turut merayu kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang Fatin supaya menghubunginya di talian 013-5367040.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan, polis kini sedang mengesan seorang lelaki, Mohd. Faizal Izsyam Ismail, 24, bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang daripada jagaan sah.
Beliau berkata, lelaki berkenaan dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Ruzaida.
"Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Hari Polis Ke-205 di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












