saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/03/2012

Tapak masjid: Pemenang tunggu penjelasan Guan Eng

27/03/2012 1:54pm

GEORGE TOWN 27 Mac Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan segera berhubung dakwaan kerajaan negeri menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pemaju.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Guan Eng pada Jumaat lepas bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang jawapan.

"Salinan surat itu turut dihantar kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Malek tetapi hingga hari ini tiada sesiapapun daripada mereka menjawab surat berkenaan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah berkenaan.

Tanah berkenaan kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Mohd Yussuff yang juga Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, pihaknya hanya mahukan jawapan dan penjelasan daripada kerajaan negeri bagi memastikan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya.

"Rakyat negeri ini nak tahu adakah dakwaan itu benar dan jika hanya tuduhan, mereka (kerajaan negeri) perlu tampil beri penjelasan, katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.