UTARA
ARKIB : 27/03/2012
Gagal ujian konstabel dakwa tangan bengkok
BALING 26 Mac - Seorang pemuda, Kamarudin Osman, 19, yang bercita-cita sejak kecil untuk menjadi anggota polis, hari ini kecewa apabila tidak berjaya melepasi ujian fizikal bagi jawatan konstabel kerana didakwa mempunyai tangan bengkok.
Kamarudin dari Desa Bidara Kuala Ketil mendakwa, dia terpinga-pinga apabila terus diberitahu tangannya bengkok sebaik sahaja menghulurkan tangan kepada salah seorang penilai sedangkan cara menghulurkan tangan seperti diarahkan untuk tujuan ujian adalah silap.
"Penilaian dan ujian dijalankan cukup mudah kerana tidak sampai 10 minit sudah selesai dan penilai terus menganggap saya tersingkir sedangkan pemohon lain diuji dalam tempoh yang lebih lama," kata bekas anggota Kadet Polis Sekolah Menengah Tanjung Puteri, Kuala Ketil itu kepada Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Anak bongsu daripada enam beradik itu turut pelik apabila penilai itu memintanya memohon semula jawatan tersebut pada masa akan datang.
Kamarudin berkata, dia mempunyai kelebihan berbanding beberapa pemohon lain seperti mempunyai ketinggian 172 sentimeter dan daripada segi ukur lilit dada serta kebolehan menarik nafas panjang.
Sepanjang menjadi anggota Kadet Polis selama tiga tahun, dia juga pernah menjalani latihan menembak selain aktif dalam sukan bola sepak dan kriket di peringkat daerah.
"Saya amat berharap permohonan saya dipertimbangkan semula kerana ini adalah impian saya sejak kecil," katanya.
Tiada jualan lelong rumah
Peluang melihat 'dinosaur' di Kedah
Lima strategi urus dana Baitulmal lebih efektif
Puting beliung: Penduduk masih trauma
Kerajaan DAP P.Pinang didesak utamakan keperluan rakyat
USM kaji bidang Kearifan Tempatan
Perak terus lonjak pelancongan
RM70,000 untuk pembinaan semula surau, madrasah di Kemboja
Nelayan mangsa ribut rayu bantuan
Konvoi motosikal kutip dana untuk bantu Gaza
Wujudkan ekosistem bersepadu
Rakyat perlu manfaatkan prospek Komuniti ASEAN
Perniagaan ikan pekasam menguntungkan
39,574 calon duduki PT3 di Perak
Usahawan digesa dapatkan sijil Mesti
Bina parkir bertingkat di Padang Besar
Warga emas rayu bantuan rumah
RM9 juta bina jambatan baharu
Teman Pili Bomba bantu kurangkan vandalisme
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












